Nuffnang

Facebook

Majalah versi Digital d eMall

0 comments

Assalamualaikum...

nak share sikit dgn kawan2 yg baca blog ni..... korang suka baca majalah tak? ni ada berita baik utk korang..... Karangkraf tengah melancarkan Karangkraf versi digital... dgn nama "eMall"

semuanya di hujung jari...

pertama sekali korang mesti upload application eMall dekat ipad ke, iphone ke, apa2 smartphone pun boleh....

nampak tak gambar kat atas tu, tu la gambar icon eMall

da download, bila tekan saja, akan keluar gambar mcm ni

bukan setakat majalah, novel2 pun ada.... mcm novel adam & hawa
klik pada button "shop" dekat atas sebelah kiri. kemudian klik pada gambar majalah yang korang nak beli

nampak tak ada button "Buy" boleh klik button tu klu nak beli..... sekiranya korang nak beli utk isu yg lepas.. bo klik pada button "back issues" dkat bawa gambar majalah

just klik button "buy" utk beli

bila da buat proses pembelian boleh klik pd gambar mcm kat gambar di atas ni utk download

gambar kat atas ni sy da download majalah rasa

contoh helaian majalah rasa yg boleh di lihat dari ipad....

bila kita da beli majalah majalah tu akan tersimpan secara automatik di library

karangkraf ada buat promosi free utk beberapa hari so, apa tunggu lagi layari facebook eMall untuk mengetahui promosi2 terkini dari KarangKraf

Selamat Membaca....

Bukti Cintaku Padamu

0 comments

mlm ni da masuk malam keempat aku tdr d hospital... teman kan my mummy. banyak ragam manusia yg aku nampak di sini.

doktor : bila cerita part doktor ni, teringat masa kecik2 dulu bila cigu tanya apa cita2 kamu.... kebanyakkan dr kawan2 sy bercita2 mau jd doktor. okla kita lupakan cerita pasal cita2. Semua doktor disini seperti biasa menjalankan tugas dgn baik, mjg pesakit d bawah jagaan masing2. tunggu2 jg doktor yg handsome supaya semangat sikit aku dtg cni, tp malangnya tiada doktor yg handsome..... doktor yg cantik banyak...

nurse : pakai baju serba putih, yg membezakan nurse2 semua dcni hanyala pangkat.... yg dpakai pada baju, ada merah, ada biru, ada hijau... tp aku sendiri pun x tau mn yg lebih tinggi kuasanya. tapi nurse dcni semuanya baik2 belaka.... tp ada sesetengah nurse tu, tidak menepati cita rasa aku ahhaha, bukan apa, muka da la tak lawa, layan org pun mcm nak tak nak... baik ko tak yah jd nurse, jg laki ko kat umah lg baik dpt pahala. Ada juga nurse yg garang.... garang bertempat x apa, sbb pesakit2 ni ada jg yg degil.... tp klu garang tak kena dgn tempatnya.... baik ko berubah sebelum aku yg ubah korang. klu nak jadi nurse, kena banyak bsabar, klu rasa tak bo, baik tak yah. rasanya klu aku jadi nurse... eheehmm, aku la nurse yg paling baik, klu becakap mesti lemah lembut, belum keluar suara lagi, aura baik aku da keluar semua pesakit dpt rs aura baik aku ahahhahah, tp sygnya kini aku bukan la seorg nurse, sbb aku takut pd bahagian cucuk mencucuk padan pesakit, klu cucuk jer... sapa pun bo buat tp klu bayangkanla tersalah cucuk.... ahhaha, mcm tu jg dgn ubat2an rasanya byk pesakit temui ajal lebih awal sbb aku salah bg ubat
ahahahh..... tp aku da buktikan, aku bo jd nurse yg baik utk my mum... tu pun da cukup da.....

pesakit : ni bab paling penting, klu tak der org sakit.... doktor dan nurse bo balik umah tanam jagung. Macam2 ragam pesakit dekat cni.... klu nak dsenaraikan payah sikit, sbb aku bukan doktor tau diaorg sakit apa. Apapun kita doakan jak yg baik2 utk diaorg kan...

penjaga : ni part paling best nak cerita, setiap pesakit ada satu penjaga yg akan jaga pesakit. apa fungsi penjaga, nurse kan dah ada.... buat apa lg ada penjaga??? nurse tu memang akan jg pesakit, tp takkan sama seperti anak (penjaga) menjaga ibunya. tapi ada juga pesakit dcni yg tidak djaga oleh ahli keluarga terdekat.... mungkin mereka ada masalh masing2 aku pun tak tau. apa yg aku nampak d hospital ni.... ada "geng penjaga" dselia oleh siapa aku pun tak tau, geng penjaga ni la yg d upah oleh waris pesakit utk mjaga ahli keluarga diaorg, upah tak mahal pun RM30 semalam..... apa? korang nak minta no contact geng penjaga? sori la aku pun tak tau berapa no tel diaorg, sbb rsnya aku dan korang tak perlu geng penjaga utk jaga ahli keluarga kita kan..... Sebelum terlupa mau cerita ragam penjaga.... ada yg bw satu family utk jd penjaga kepada seorg pesakit.... agak2 la, korang anak beranak mandi tidur kat hospital ni, pesakit lain pun perlukan rehat.... rasanya da cukup seorg penjaga utk seorg pesakit, tak yah bw anak bini korang ni tinggal kat hospital. Mungkin korang ada masalah, klu c suami menjaga c isteri yg sedang sakit.... anak2 dumah takde org nak jaga tu pasal bw g hospital tidur ramai2 buat mcm umah sendiri.... aku cadangkan upahla geng penjaga utk isteri korang n ko bo jg anak kat umah, atau hantar la anak korang c umah saudara mara terdekat utk beberapa hari... insyaAllah ahli keluarga lain akan faham dan membantu. satu situasi lagi, sekiranya c suami menjaga isteri yg sedang sakit, para suami, sila jaga tingkah laku d wad perempuan, bukannya korang buat2 mcm umah sendiri.... rasanya lebih baik sekiranya pesakit tu adalah wanita dan d jaga oleh seorg wanita ok, ini bukannya masa para suami nak mbuktikan cinta pd si isteri, dan isteri jgn pandai2 ungkit kisah lama.... "dulu abg janji nak jg ayg masa sakit... ni abg upah pulak geng penjaga utk jaga sy...." ini bukan ms nya ok kakak2 makcik2 ibu2.

okla geng penjaga semua, malam pun da nak abis.... insyaAllah klu ada cerita lg kita sambung pd entri akan dtg....

sori la, ni kan hospital rsnya tak baik pulak aku kongsi gambar yg tak sepatutnya.... ini satu2nya gambar yg aku nak kongsi.....

09 Oktober 2012

0 comments

Alhamdulilah syukur pada Allah sebab memberikan aku umur yg panjang, memurahkan rezeki hambamu. Terima Kasih atas nikmat rezekimu selama ini. Ya Allah berikan la aku kekuatan utk mjalani segala ujianmu.... semoga hambamu ni akan tabah mjalaninya dgn tenang.

Pada 30thn lepas, pada tarikh ini 9 oktober lahir seorang anak kecil, botak tp cantik..... anak kedua kpd pasangan ini Pn DAYANG SALAMAH BINTI PG HJ ABDULLAH & En ADRAH BIN GULIGA tema kasi yg tak terhingga utk mummy dan daddy sbb kasi lahir aku.

Buat yg tersayang, Terima kasih atas segalanya

buat my syg SHAIKH FADHIL BIN HUSSEIN MATTAR, terima kasih atas kesabaranmu melayan sifat semulajadi binimu ni, insyaAllah mn yg mau d ubah tu, akan bini cuba, menjadi yg lebih baik.... tapi kan yang, ini la bini mu.......

buat my mummy n my daddy Pn DAYANG SALAMAH BINTI PG HJ ABDULLAH & En ADRAH BIN GULIGA.... thank you so much buat hidup anakmu hapi selalu. sepanjang kehidupan anakmu ni rasanya x terbalas jasa kamu berdua.... hanya tuhan dpt mbalasnya. i love u so much.

buat keluarga sebelah mertua..... Terima Kasih.

buat my adik beradik DG NORHAFIZAH Adrah & SUAMI, MOHD FAZLI Adrah & ISTERI, & MOHD AMIN Adrah, terima kasih menjadi adik beradik yg terbaik buat aku, insyaAllah hubungan kita tetap akan best smpi bila2.

buat semua anak buah angah, jgn kamu temberang sana minta duit sm mummy belikan angah hadiah..... eehehheh

buat my untie2, uncle2, Sepupu sepapat.... terima kasi atas doa kamu semua. semoga hubungan kita akan mjadi lebih akrab....

yg terakhir buat my Fren semua (FB pren), terima kasih mendoakan kawan kamu ni.... semoga kita akan mjadi kawan smpi bila2 amin......

Akhir kata, tema kasi..... semoga kita semua akan brahmati n dberkati Amin.

P/S : sapa yg da lama x bg hadiah tu.... bo la inbox, aku bg alamat ahahha.

dapat hadiah OVEN dan MIXER dr my syg supaya jadi master chef ahahha

ni kek testing perasmian OVEN n MIXER baru.... keluar la kek ni.... tapi aku tabik la atas kesungguhan tukang buat ni kek dgn abg ipar dia ahhaha, anyway tq

Episod 2 Pengembaraan ke Kota Jakarta & Bandung

0 comments

Assalamualaikum

Hai2… hoi… yahoi… semua, apa kabar? Sori ya lambat sikit nak update episode 2 pengembaraan di Kota Jakarta & Bandung. Ok sekarang juga kita sambung cerita, gigih ni mau update blog, jgn putus asa untuk selalu berkunjung kat blog ni ok. nampak tak gambar kat bawah…..

Ni la rupa paras Pasar Baru kat Bandung (gambar ni dr google).... Ala yg aku cerita adik aku hilang kat episode 1 tu….. ingat tak? Klu korang tak ingat atau belum baca… baik klik pada link ni utk baca episode 1. Keadaan kat Basar Baru ni sesak sgt2, almaklum la semua org gi sikit shopping… sapa gi Bandung mesti singgah kat sini k…. sekarang jom kita g Tago Tiga… tempat apa tu???? nama pun pelik TAGO TIGA….

Ni la Tago Tiga…. sori la dpt ambik gambar dari bawa kedai jer… sbb hari hujan… eheeh, sapa yg menggilai JEANS Levi’s & semua jenama jeans… bo la memborong kat sini sbb harga dia sgt la murah… serendah RM99 sehelai, original ok…. Rambang mata nak pilih, smpi sy yg nak beli sehelai ni pun sakit kepala nak pilih, terlalu banyak pilihan, sale dia dr 50% ke 70%...

Utk pengetahuan uollsss, sy bukan la penggemar jeans, sbb saiz badan tak mengizinkan sbb sekejap kecik kat sini, sekejap besar situ…. Eehehh, jadi sy tak beli satu pun jeans kat sini, sy belikan utk Suami sy jer…. tapi yg paling MEMBORONG kat TAGO TIGA ni… My Kakak & My Abg ipar.

Sy & Family member yg lain duduk2 kat luar kedai tunggu My Kakak & My Abg Ipar…. Sy rasa diaorg kat dlm kedai tu, pening kepala nak pilih terlalu byk pilihan… & terlalu ramai org berebut2 nak fitting…. Berapa lama pun diaorg pilih tak kesah la, yg penting ada ipad, iphone & ipod jadi teman kita org sambil tunggu diaorg kan…..

Dari satu outlet ke satu outlet kita org p, smpi sy pun tak sempat nak ambik gambar, almaklum la sibuk menghabiskan duit…. Bukan duit sy jer yg sy abiskan… duit my mum pun sy tlong habiskan…. ahaha… nampak tak betapa aku shopping sakan. Gambar kat bawa ni, salah satu outlet yg sy sempat ambik gambar…. RUMAH MODE (Rumah Mode = Rumah Model …. Ni abg supir la yg bgtau, bteul kan Pak WAWAN)….

Bayangkan la dr siang hari berjln tak sedar hari da malam…. baru rasa lapar… di RUMAH MODE ni bkn je ada tempat shopping kedai mkn pun ada…. Sy & My Mum & My adik mkn dulu….. sambil2 mkn, buka la ipad… tiba2 ada WIFI…. Rasa syukur sgt2 dpt la menghubungi My syg & buka FB…. Eehehheh. Lepas mkn sambung shopping lagi…. masa kat sini….. aku da mula kira2 duit da, hari esok kan masih ada. Jadi kena control duit eheheh, beli sehelai baju jerk at RUMAH MODE…. JOM kita gi Mkn Cendol….

Ni la dia cendol yg kitaorg mkn (hari ni saja aku da mkn 2x)…. Rasa cendol ni kat sini ada beza sikit, rasa kat sini diaorg tak pakai gula Melaka…. tapi rasa gula tu seakan2 gula-gula kelapa… tgk gambar kat bawah… ingat lagi tak gula2 ni?

Lepas dari RUMAH MODE kita g mkn….. tempat mkn kat indo ni semuanya cantik2… walaupun tmpt mkn tu nampak Exclusif tp mknan dia sgt2 murah… satu family mkn tak smpi RM100 pun… best kan…..

kreatif kan diaorg, menu pun a gempak..... belum mknan dia lg huhuhh

Nasi Ayam Penyek memang mesti mkn la klu da smpi kat indon ni, serius sedap…. Mkn malam kita org utk mlm ni… semuanya mkn nasi ayam + otak2…. Sedap

sebok jg dia, memilih menu.. mknnya tidak....

okla, smpi dcni dulu.... nanti kita mengembara lagi ok.... tunggu episad 3 ok.

sapa2 yg malu2 nak ko en kat cni, bo komen inbox sy d FB atau d email sy ni k

pajeet82@yahoo.com

Episod 1 Mengembara di Kota Jakarta & BANDUNG

0 comments

askum....
da hampir sebulan lebih balik dari Bandung & Jakarta, baru hari ni ada masa nak update cerita ni... ahahha, jgn marah ya kwn2 sekalian.... ok jom ikut mgembara ke Bandung & Jakarta.

utk pengetahuan semua, penerbangan dr KK ke Jakarta mengambil masa sejam lebih la.... satu jam 40minit.... sebelum p mana 2, klu tempat tu kita tak pernah p, better kita buat research dulu.... ala bukan susah pun search jer bandung atau jakarta, semua maklumat ada kat internet k...... kebaikkannya, kita akan tau tempat2 menarik yg kita nak p kan (terutama tempat shopping), nanti klu kamu sesat... senang la sikit kan...

Wah kita da sampai Bandung.... ahahah belum lg la, flight dr Kota Kinabalu hanya akan mendarat d Jakarta, tu pun kita kena tau Jadual2 penerbangan nak ke sana, flight yg ada ke Jakarta cuma ada pada hari Selasa, Khamis & Sabtu jer..... flight balik dr Jakarta pun sama, yg ada cuma hari Selasa, Khamis & Sabtu.... jadi pandai2 korang la nak berapa lama di sana....

Pergi hari Sabtu balik hari Selasa pun ok apa.....

tahuka kamu Jakarta & Bandung tu d mana.... sy da lukis utk kamu eheheh, Aceh jauh sikit la, tp klu tsunami tu mau dtg x kira dmana kan....

kita da smpi Jakarta.....
kira okla, lapangan terbang Soekarno Hatta terminal 3 ni baru lagi.....

sumber gambar dr google

Sampai d terminal 3 jakarta, kami terus menuju ke Bandung.
Dalam perjalanan ke Bandung, tidak jauh dari Lapangan Terbang Soekarno Hatta
ada terdapat tugu mcm gambar d bawa ni... yg bo kita nampak semasa dlm perjalanan.

kami sampai malam, rasanya lebih cantik tugu ni pada waktu malam drpd waktu siang.

Lebih kurang 3jam kami sampai dr Jakarta Ke Bandung, tp tak rasa pun tiga jam, sbb tiada kesesakkan lalu lintas, kiri kanan jalan semuanya pemandangan nya indah2 belaka, sebenarnya... dalam perjalanan 3 jam tu, sy tidur ahahhaha, keta yg kitaorg sewa tu selesa sgt2.... bila sedar je, da smpi tempat mkn, klu mcm d semenanjung tu RNR la.

sampai d bandung... sampai da dekat ROROMPOK, ni tmpt kitaorg tinggal.

Tempat pertama yg harus d lawati d Bandung adalah PASAR BARU.... sori la selama d Bandung 2x kami p ke Pasar Baru, sy x ambik gambar, sbb apa, terlampau sibuk shopping, rasanya mcm Pasar Baru tu aku yg punya ahhaha. Apa yg ada d Pasar Baru??? ada jual kain, telekung, kasut, handbag, mcm2 lg la... klu p sana yg penting duit la kena ada... klu duit tak ada mata bo benanah tgk Barang2 kat sana hahh

masa kat PB ni, ada sejarah sikit, jd sy nak abadikan dlm blog ni... kenangan kan. Nak dijadikan cerita, smpi jer kat sini, kami sekeluarga beli 3 sim kad indon, spy senang berhubung kan.... 1 utk sy, my mum & my adik, 1 utk daddy, 1 utk kakak sy, abg ipar & anak2 diaorg la.

semua da berpecah utk mcari barang masing2, adik sy ikut dgn my daddy, tiba2 adik sy hilang, sebenarnya bukan hilang pun, cuma terpisah dgn my dad jer. Kakak & daddy nak gi mkn pulak.... tak risau pasal my adik pulak, almaklum jer la adik sy tu da besar,umur pun da bo kawen da... tp ibu mana yg tak risau bila tau anak dia hilang dr rada.... kakak & daddy sy p mkn, sy & my mum berusaha la cari my adik.

dugaan masa mcari my adik tu, semua kedai nampak sama, pening jg la kepala.... sy da pening apa lg my mum kan, hampir 20minit mcari tp tak dpt, so sy try p information kaunter utk umumkan kehilangan adik sy. sy pun kurang pasti la speaker PB tu rosak ka atau sy yg pekak... memang sah, walaupun da buat pengumuman sebanyak 3kali tp tetap tak dgr jg.... adoi. masa ni tangan saya penuh dgn barang2 yg dbeli mn lagi adik sy hilang entah kemana. sy ambik keputusan utk tinggalkan my mum kat information kaunter, biar sy yg p pusing satu bangunan tu cari my adik.

dlm 10minit mencari, sy terjumpa seorg lelaki yg mana salah seorg pekerja kedai dmana sy beli barang kat kedai dia. perkerja tu ckp, kakak cari abg ya??? mula2 sy malas nak layan sbb sy pun tgh risau, tiba2 sy berhenti dan berpusing semula ke arah pekerja tu, bila sy tgk muka pekerja tu, dia pun ckp, kakak cari abang ya?? ok dia maksudkan abg tu rasanya adik sy.... sy pun terus ckp YA., dia ada tgh duduk2 d kedai sy.... Ya Allah syukur la adik sy tak apa2... pekerja tu bw la sy p kedai dia.... sy nampak adik sy sedang ketawa2 sambil bercerita dgn pekerja kedai.... apapun Alhamdulilah. Satu jer Adik sy yg feil (berperangai) mcm ni mana lg nak cari klu hilang... trus bw dia jumpa my mum.

adik sy pun bukan kecik lg nak d risaukan, tp sbb kita d negara org, lain la klu d negara sendiri. okla nanti sy sambung cerita lg k.

Episod 2
(boleh klik ok)

Tangan Kanan Ka tangan Kiri

0 comments

assalamualaikum

lama da tak jumpa dlm dunia fantasi ni kan, sori yer... sibuk sikit, ni pun ada nak kongsi cerita sikit.... kepada yg tak sabar2 nak tunggu cerita dari indonesia (bandung & Jakarta) sabar ya.... kita beri lalu buat entri ni dulu.

Hari ni isnin (07/05/2012) tangan aku jd mcm dlm gambar kat bawa ni

nak di jadi kan cerita, sebenarnya da lebih sebulan tangan ni sakit tp di biarkan... ingatkan bo la baik sendiri... nah smpi la hari ni x jg baik2 , makin lama makin sakit aduiiiii, memang sakit d tambah2 lg klu mengangkat berat, mau teteriak jak endak.

ingatkan d mana sakit di situ la yg d urut... rupa2nya bahagian yg sakit (dekat pergelangan tangan) x d sentuh langsung, bahagian yg d urut (dekat belakang siku) yg d pukul.... d PUKUL, adoi sakitnya.... bayangkan la d pukul, mesti la sakit.

tgk gambar dbawah

nah, ni la alat yg dgunakan utk rawatan tradisional cina, gunting tu bukan salah satu alat k..... tu gunting kebetulan ada d atas meja tu ms aku ambik gambar ahhah, nanti korang takut pulak mau p urut d kedai uncle tu ahhah. kayu yg mcm uluh tu la dibuat memukul tangan, teringat pulak masa uncle tu pukul tanganku, aku sempat2 tarik balik, sakit oh. nampak tak sudu putih tu, tu pulak d buat utk mgeluarkan aingin2 yg ada dlm tangan.... masa ni rasa2nya bukan angin tangan jak yg mau keluar, angin yg kat bawah pun da tak bo tahan (kentut) jujur la.... tkentut juga tp takde la keluar bunyi... bau langsung tak terhidu, sbb lebih kuat bau2 ubat-ubatan cina kad dlm bilik tu ahhahah.

yg terakhir dia (uncle yg urut tu) pusing2 pegelangan tangan, sambil tarik... sakitnya smpi terteriak... "Adoi Uncle.... sakit nya" saat ni, klu bo d pindah sakit ni, aku mau Mr F yg rasa ni, supaya dia tau betapa sakitnya tangan bininya ni.... sedih jg la masa bini sakit mcm ni dia tiada..... apa nak buat kan... nak jg tunggu dia balik cni (KK), supaya bo p sama2 tp aku da tak bo tunggu, rasanya doanya setiap hari & doa kedua ibubapaku pun da cukup utk tahan sakit ni... Alhamdulilah.... kpd rakan FB yg mendoakan Tq semua.

Sapa2 mau tau tmptnya (likas) d mana bo call sy, sori tak sempat ambik gambar tmpat tu... sbb byk yg dfikirkan masa dalam keta, bo ka aku memandu, selamat ka aku smpi umah ni, alhamdulilah...aku selamat smpi, now pun ok da,siap bo update blog utk korang kan.... heheheh... ok la bye nanti kita jumpa lg update seterusnya utk Bandung n Jakarta indonesia k.... bye

lupa pulak tajuk entri kali ni, tangan kanan ka kiri... kedua2 tangan pun penting, syukurila & hargai la kurnian tuhan pd kita apapun bsyukur k..... bye

Think you deserve some recognition and award for your contribution on the internet?

0 comments
Think you deserve some recognition and award for your contribution on the internet?: This year, we’re celebrating all the amazing individuals who spark great inspirations on the WorldWideWeb. It’s time for you to share your Internet-inspired success story and take your spot amongst the best of the Internet. New categories, with bigger prizes to be won! Now open for entries. Hurry ! Entries open from 25 March till 22 April, and voting starts 23 April till 13 May 2012

The Secret of Grisly Manor

1 comments

hari ni mau cerita pasal games, hari ni byk sgt game yg kita bo main offline atau online, Angry Bird la, where is my Water, Draw Something la.... banyak lagi la, zaman kanak2 sy mana ada benda canggih macam sekarang ni, zaman sy dulu... main congkak, getah.... tp sudah sy darjah2 mcm tu up sikit main tetris, nintendo, supur mario.... yg paling canggih masa tu rasanya PS1, tp semua tu adik sy punya sy cuma pinjam je la. Sekarang mcm2 game ada, smpi tak tau nak pilih yg mana satu naik main, semuanya d hujung jari.... yg pening duit je la yg kena ada sbb kadang2 ada games ni nak kena beli.... yg jadi mangsa laki aku la sapa lg, sbb guna kad kredit dia beli ahahhahaha.... tq syg.

sebenarnya hari sy nak kongsi pasal game yg sy main ni, pd pendapat sy game ni best sgt2 menguji minda, game ni sy main dkat IPAD sy, rasanya utk pengguna Apple & Android pun bo main... nak tau game apa, jom tgk gambar di bawah

ni la game yg sy cakap tu....

sy da siap main game ni apa kata kamu pulak yg cuba main game ni, sy akan tolong kamu bg klu2 ok..... sapa2 yg mau tau klu2 utk game ni bo komen d bawa....

sy akan bg klu d komen k..... selamat mencuba....

Terukir di BINTANG

0 comments

tuai padi antara masak... esok jgn, layu-layuan, intai kami antara nampak... esok jgn rindu-rinduan..... huhuhuhu hari ni hari Ahad 04/03/2012, selamat hari lahir buat My love Mr F, semoga panjang umur & murah rezeki.... nasib baik tarikh ni jatuh pd ari ahad, klu hari lain tak dpt la nak jumpa.... pg tadi c dia da balik kg, kira ok la dpt jg say "hapi birthday" depan2..... tapi apa yg lebih penting... doa utk dia.


Selamat Hari Lahir syg, semoga syg sentiasa dalam lindungannya

04/03/2012
Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa dihatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu

Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku coba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia

Photo MEMphoto

0 comments

Lama da tak jumpa…. Eheheh, kali ni sy nak share berkaitan dgn GAMBAR. Sebelum ada gambar mestila ada kamera kan…. disebalik kamera ni mesti ada tuan punya kamera…. eheheh. Pertama sekali tuan punya kamera mesti ada duit la nak beli kamera, klu tak ada, bo pinjamla dgn sapa2 yg ada duit tu, tp jgn pinjam kat sy sbb sy pun tak ada duit nak bg pinjam ehehehe.

Sebelum nak beli kamera, pastikan dulu…. kita nak beli kamera tu sbb apa? Saja suka2 ka? Dalam erti kata lain Tujuan kita beli kamera tu sebenarnya NGAPA?

1. Saja2 nak beli, sbb byk sgt duit;
2. Nak beli sbb nak ambik gambar letak kat FB;
3. Nak beli kamera sbb minat sgt dlm bidang photo memfoto;
4. Nak beli sbb suka ambik gambar yg cantik2 atau buat kenangan;
5. Nak beli kamera sbb nak tunjuk kat org kita pun ada kamera;

Sebelum apa2 berlaku pastikan tujuan utama apa? Klu saja2 nak beli sbb :-

1. Byk duit….. beli la yang paling mahal sbb korang kan byk duit klu RM7000 apa la sangat kan;
2. Suka2 ambik nak letak kat FB…. baik tak yah beli, guna jer kamera kat Handphone da cukup, klu nak beli juga better beli jer, yg murah2 mcm SONY RM399…. gambar pun cantik ok;
3. Minat dlm bidang photo memphoto…… baik beli DSLR, tp mahal sikit la… kata da minat, beli jer la walaupun mahal, kira2 dalam RM1000, tu pun yg secondhand la;
4. Suka ambik gambar cantik2…. beli yg cybershot pun da cukup… kualiti gambar pun ok apa harga lebih kurang RM500 - RM800;
5. Nak tunjuk sgt kat org ko pun ada kamera, ba beli la yg paling canggih, klu bo DSLR yg paling panjang Lensnya baru la org tgk pun bo pengsan.

Dah tau korang kategori mn? Br la beli kamera ok…..

Klu sy pulak, sy suka ambik gambar pemandangan yg cantik2 yg unik, sy suka edit2 gambar…. lagi satu saya tak suka DSLR, sbb BERAT & BESAR….. tak sanggup nak angkat ke sana ke sini. Dalam bidang photo memphoto ni, kita kena meluangkan sedikit masa utk g ambik pic2 yg best, pastu edit sikit2. Belajar edit, belajar edit gambar ni kena byk sabar, tak semua org nak kongsi ilmu dgn kita jd kita kena cari inisiatif sendiri utk belajar sampai negeri china…. eheheh sekarangkan teknologi canggih, semuanya ada dhujung jari… kan.

Now sy nak share pic2 yg sy ambik, jom tgk…. rajin2 dtg blog sy tau, mana tau dalam gambar tu ada muka korang… eheheh.

ni adalah gambar yg telah d edit

ni gambar yang telah d edit

ni ada gambar original dr kamera

Gambar original dr kamera
ramai org bertanya d FB sy, dmanakan lokasi gambar ni
thk gambar seterusnya k

Setelah d edit

Lokasinya d Sembulan, Kota Kinabalu, Sabah

Gambar yg d edit

Gambar yg d edit

ni gambar original
lokasinya sama dgn gambar pertama
Di Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah.

pandangan mata seseorg tu berbeza2, ada yg suka yg ni, ada yg tak suka.... terpulang kpd individu masing2.... harap kamu semua enjoy tgk gambar2 ni.

Nuffnang

Jom Share BLOG dsini