Nuffnang

Facebook

Selamat Ulangtahun yang ke-6 (syukur alhamdulilla)

0 comments

Anniversary.....

Hari ni 30hb Mei 2014 (Jumaat), genap la 6 tahun usia perkahwinanku. Sebenarnya aku nak cerita ni semua pada ulangtahun ke-10, tapi rasanya lama sangat la, so aku cerita la sekarang. Sebelum tu, Ya Allah terima kasih memberikan aku merasai nikmat hidup sebagai seorang insan yang bergelar seorang isteri dan memberikan aku peluang menikmati kehidupan bersama dia. Bersyukur sangat dapat menikmati kehidupan ni, walaupun sampai ke hari ini belum dikurniakan anak. Kepada yang baca blog ni doakan la yang terbaik buat rumahtangga kita semua. Kepada yang belum jumpa pasangan tu, insyaAllah akan ada seorang yang ditakdirkan untuk kamu….AMIN


Isteri orang........


Apa sebenarnya erti perkahwinan tu pada korang? pada aku perkahwinan tu perkongsian, pelengkap, penyatuan, pembesaran…. ahahha bukan saja bentuk fizikal yang membesar insyaAllah keluarga pun makin besar. Daripada hidup seorang akan hidup berdua, semua benda dikongsi bersama, suka duka diraih bersama, menerima kekurangan & kelebihan pasangan kita, insyaAllah dapat mengeratkan silaturahim antara keluarga. 


(Purple) Gambar 2009
 Semoga Allah makbulkan doa kita..... amin


Dalam usia perkahwinan begini, boleh dikatakan masi baru, tapi bagi aku ianya sudah cukup memberikan pengalaman & pengetahuan. Rumahtangga mana yang tidak pernah dilanda badai, pergaduhan kecil @ besar insyaAllah akan ditangani bersama, salah seorang perlu beralah, tapi kebanyakkannya isteri la yang banyak beralah. 


 (Merah) Gambar 2010 -Sori la gambar sebelah kanan tak berapa jelas.
Janji Allah itu PASTI.....


Bayangkan kalau TSUNAMI datang melanda rumahtangga korang, ahahahha….. pernah ke TSUNAMI datang…. doa banyak-banyak buat pilihan yang betul, bukan senang nak sampai hingga hujung nyawa. Janji Allah itu PASTI.


(Hijau) Gambar 2011
Syurga itu di bawa tapak kaki suami...... terima kasih membawa aku ke arah syurga Allah


Dalam perkahwinan ni, banyak keburukkan & kelebihan pasangan kita yang mesti kita terima tak kira apapun jadi..... tutup lain aib pasangan kita sebaik mungkin.... insyaAllah tempatmu syurga Allah. Banyak sangat pekara yang kami lalui bersama.... hanya Allah yang maha mengerti.... setiap dugaan tu pasti Allah berikan kepada yang mampu menanganinya..... insyaAllah akan kami tempuhi bersama selagi boleh.


(Coklat) Gambar 2012
Andai satu hari nanti salah seorang ditakdirkan pergi dulu.... bini berharap biarla sayang yang pergi dulu semoga bini dapat menjaga sayang sepanjang hayat sayang......
Jodoh dan maut tu milik Allah begitu juga rezeki (anak), berkatila kehidupan kami Ya Allah. Kepada yang berada disekeliling kehidupan kami, terima kasih sebab sentiasa mendoakan kehidupan kami dan terima kasih sebab sentiasa memahami.....aku juga berharap kamu faham konsep rezeki, REZEKI tu datang dari Allah bukan dr sesiapa...... ok faham semua.... aahahahha, doakan la kami murah rezeki.....


(Kelabu) Gambar 2013
Terima kasih semua yang mendoakan kami.


Kehidupan yang akan datang kita semua tak tau apa akan jadi.... semoga Allah memberikan asam garam kehidupan yang terbaik untuk kita semua. Nak cerita sikit pasal perangai, dalam kehidupan berumahtangga ni semua pun dikongsi bersama tapi perangai takkan nak kongsi juga.... kalau salah seorg pemarah, satu lagi mesti yang kena marahkan ahahhaha, kalau satu kuat makan, satu mesti kurang makan eheheh, kalau satu penangis, yang satu lagi mesti tukang pujuk tu kan..... kalau satu peramah, yang satu lagi mesti pendiam.... tapi walaupun perangai kita berbeza insyaAllah minat kita sama kan.... eheheh


Sayang, masa tengah taip2 ni, bini rindu sangat2 dengan sayang, bini berharap sayang juga turut merasakan apa yang bini rasa...... korang tau ini la kelebihannya kalau da selalu sama-sama.... salah seorang rasa sakit, yang seorang lagi pasti terasa sakitnya..... magic kan..... itu la keistimewaan hidup berumahtangga...... buat yang ada rasa iri hati dengan kebahagiaan kehidupan kami ni, kami minta maaf banyak2, kami tidak ada niat pun menyakiti kamu.... tolong jangan doa yang bukan-bukan ok dan jangan cucuk jarum dalam hubungan kami. Doa la yang terbaik, semoga kamu semua ditempatkan dikalangan orang yang beriman......



Buat suamiku tercinta : Sempena ulangtahun kita yang ke-6 ni bini x la minta apa-apa hadiah tapi kalau bagi duit tu ok juga.... boleh bikin shopping2 kan....eehhehehe. Semoga Allah panjangkan umur kita. Bini minta maaf atas salah silap, bini juga seorang manusia biasa yang punya hati dan perasaan. Andainya jodoh kita ditakdirkan tidak panjang, bini harap sayang dapat jodoh yang lebih baik dr bini, sebab yang baik macam bini ni pupus sudah tapi mungkin ada yang lebih baik kan.... semoga sayang sentiasa dalam lindungan Allah.... Amin.

Apapun yang bakal berlaku di masa akan datang - semua tu pasti ada hikmahnya....


 Semoga kenangan ni akan mekar dalam ingatan.... Happy Anniversary Sayang


Hari Kedua : Singapore

0 comments
Assalamualaikum

Hari ni 27hb Mei 2014, hari lahir my daddy, aku doakan daddy semoga panjang umur & murah rezeki.... amin.... Semoga daddy sihat selalu. Aku nak share sikit, sebenarnya daddy ni seorang yang sangat2 prihatin tapi dia tak tunjuk pun, dia akan melalui my mum, dari situ kita tau sebenarnya dia ambik berat pasal kita, apapun terima kasih sebab jadi daddy yang terbaik disepanjang kehidupan kami adik beradik, memahami perjalanan kehidupan kami.... love u daddy. Anyway, tak lama lagi "Fathers Day" Selamat menyambut hari bapa. Tiada insan lain yg bergelar ayah/bapa/daddy yang setanding dengan daddy..... daddy adalah yang terbaik untuk kami. Terima kasih Ya Allah, kerana telah memberikan insan sebaik dia menjadi ayah kepada kami semua.....

 Daddy & Mummy with cucu2


Kami (Adik beradik) : gambar 5 tahun lepas

Okla panjang sudah intro tu jom kita sambungan hari kedua percutian kami sekeluarga. Sebelum tu sapa2 yang belum baca percutian pertama (boleh klik link ini) Johor : Hello Kitty Toen & JPO. Hari Kedua, kami sekeluarga ke Kota Singa. Sebelum ni sy pernah ke Kota Singa (boleh klik link disebelah) Pengembaraan di Kota Singa ep1. Kalau percutian sebelum ni kami focus ke Universal Studios Singapore (USS) (boleh klik link) Universal Studios Singapore, pada percutian kali ni kami tidak lagi ke USS, kami sekeluarga pergi ke tempat lain pulak.
Perjalanan dari Johor ke Kota Singa dalam masa setengah jam pun boleh smpi.... tetapi disebabkan kesesakkan lalu lintas dan urusan di bahagian Imigresen menyebabkan kelewatan kami tiba di Kota Singa. Kalau nak pergi ke Kota Singa banyak kemudahan pengangutan yg disediakan..... contohnya, Bas, Teksi, Kapal Terbang pun boleh..... pilih la mana yg sesuai dengan korang. Kami memilih untuk menaiki teksi..... Teksi mesti warna KUNING, hanya teksi warna kuning yang dikhaskan untuk masuk ke Kota Singa di TERMINAL TEKSI KOTARAYA Johor.
Sumber Gambar dr Google : Teksi Kuning


Tengah tunggu teksi sambil isi form.... jangan lupa bawa passport & pen. Pen tu, untuk memudahkan korang mengisi borang.


Pada masa ni teksi tak banyak..... so kena tunggu la dalam 15minit mcm tu. Harga tambang teksi pergi sahaja RM15 seorang. Tapi selesa la sikit berbanding naik bas. Kalau korang bawa anak-anak lebih baik naik teksi.


Sumber gambar dari Google : Di sini la teksi kami berhenti, berdekatan dengan Bugis Street dan Arab Street.


Sampai da di Singapore.... sampai saja terus cari makan..... makan di ARAB Street. Mata wang di sini lebih tinggi dari mata wang Malaysia, tapi kalau setakat nak makan, beli buahtangan & tambang train.... RM300 pun da cukup.....


 mana abah?? oh.... abah tgh cari atok, atok tak hilang???


 Suka nya dia..... Jalan-jalan di Bugis Street, Bugis Juction. Lepas tu, kitaorg menaiki MRT dari Station EW12 : BUGIS ke EW14 : Raffles Place. Dari Station Raffles Place ni kita boleh berjalan kaki menuju ke Merlion Park.


My Untie, bergambar berlatar belakangkan bangunan mercu tanda Kota Singa Marina Bay


Sumber Gambar dr Google : Pandangan dari atas Marina Bay, siapa-siapa yang dating ke Kota Singa wajib ambik gambar berlatar belakangkan bangunan ni..... jgn lupa tau.


My Mum dengan cucu2 & Besan dari Kuching yang turut bercuti bersama kami sekeluarga

Marina Bay

Siapa kentut ???? My anak buah (Nurhani Nadia Binti Mohd FAzli)


My mum with cucu (Hail Irfan Bin Mohd Fazli)


Sedia 123..... Love anak-anak buah angah (Nik Farah Damia, Hail Irfan, Nurhani Nadia & Nik Faris)


Korang layan la gambar2 ni ok. Tempat ni cantik sangat....  terpegun seketika melihat pembangunan di Kota Singa


Akhirnya setelah penat berjalan kaki.... my mum smpi juga di Merlion Park.


Gambar ini diambil dari Merlion Park


Esplanade Singapore


Gambar ni diambil dari Merlion Park,  kiranya kalau korang ke Merlion Park semuanya boleh dilihat dari situ.


Anak buah (Nik Faris), sebok jer dia tengok Map...... u a so cerdik la abang.....


Cepat la sedia nak ambik gambar ni......


Sedia...... 123


Ada yang kurang ke dalam gambar ni..... ????? My mum kata : ini la kali terakhir mummy ke sini, Insya Allah mum, sekiranya panjang umur.... ketentuanNya 10-20 tahun akan datang......


Sudah sampai masanya kita berangkat pulang ke Johor..... kami sekeluarga balik ke Johor menaiki BAS..... dengan menaiki MRT dari Station NS26 : Raffles Place ke station NS7 : Kranji..... dari Station Kranji kami menaiki Bas ke Woodlands Checkpoint. Hotel kami berdekatan dengan JB Central.....


Cerita Dongengku : Saya akan pening kepala bila menaiki train dan bas express..... semasa menaiki menaiki MRT di Singapore dari Station NS26 : Raffles Place ke station NS7 : Kranji.... boleh bayangkan tak 19 station yg perlu dilalui, rasanya kepala da sakit sangat2..... pada masa ni aku teringatkan seseorang. Pada zaman bercinta sakan dulu-dulu.... dia la yang selalu menenangkan bila rasa mcm nak muntah dalam train. Sampai sekarang bila naik train & bas express mesti aku teringatkan dia..... tapi sayangnya dia tiada di sisi pada masa tu. setakat ni dulu cerita dongengku.....


Nanti kita berjumpa lagi untuk hari ketiga percutian ni.




JOHOR : Hello KItty Town & JPO

0 comments

Assalamualaikum.....

Beberapa bulan yang lepas, aku gi bercuti dengan family ke Johor + Singapore..... Alhamdulillah percutian kami semua berjalan lancar. Sebenarnya banyak tempat-tempat di Malaysia ni yang boleh dilawati.... so jom melancong di dalam blog ni.... JOm.....

Dimana ka tempat yang cantik ni???? Hello Kitty Town


 
Hari pertama : selepas da check in Hotel di Johor..... kami sekeluarga meneruskan perjalanan di sekitar Johor....kami sekeluarga pergi ke Hello Kitty Town...... Tempat ni tidak jauh dr bandar Johor lebih kurang setengah jam perjlnan.....


sebelum masuk kena la bayar tiket dulu....  Hello Kitty Town ni dalam bangunan ok, siap ada aircon lagi.... so tak kira la hujan atau panas.... korang tetap boleh p.....


Ni my adik ipar dengan anak-anak.... emak2 yang lebih2 tau....

 
My untie......


My mom...... Selamat Hari Ibu


King of Hello Kitty Town.......


Memang semua kat dalam ni tempat dia cantik-cantik.... siapa2 peminat hello kitty tu... ba sila la datang.......


My sista..... dengan anak2 dia.....


Rasa tak keterujaan diaorg..... bukan kanak-kanak saja yg teruja..... remaja mcm kak ton pun teruja sangat tau....


Kalau korang datang kat sini.... wajib ambik gambar kat sini ok....


Nampak tak, semua org tengah duduk bersila...... korang rasa apa yang diaorg tengok tu????


Hello Kitty Show........


Selamat Menonton.


Duduk ramai-ramai...... kaki pun rasa nak kebas2.... almaklumla lama sgt la show tu......


bye-bye.......


Farah punya main gembira sangat dapat jumpa Hello Kitty......


Hani.....


Sesi bergambar dengan Hello Kitty..... boleh nampakkan yg paling teruja bukan cucu jer, pacik dengan nenek pun sama hapi


Tempat permainan kanak-kanak..... mak-mak pun boleh masuk juga


 
ni pulak show kedua di tingkat 2.......  Barney show...... bukan main lagi my anak buah, siap menari2 bersama Barney


Emak-emak da penat..... rehat2 dulu..... 

Salah satu permainan di sini.....


Karton BOB the Builder pun ada....


Nasib baik masa kitaorg datang tak ramai sangat org..... so dapat la begambar bersama karton-karton ni, 10x pun takpe......


ok naik keta api beramai-ramai..... satu gerabak tu kitaorg jer...... jgn jeles yer....

Sampai di sini saja saya share percutian kami di HELLO KITTY TOWN..... kalau korang nak datang pastikan korang ada bawa kanak-kanak la, tak la nampak janggal sangat, tapi kalau da fanatic sangat dengan Hello Kitty..... dipersilakan. Rasanya tak lama korang mengunjungi HELLO KITY TOWN ni..... so boleh teruskan perjalanan ke tempat lain. Rancang perjalanan korang sebelum memulakan perjalanan. Ok ada satu lagi pesanan, kalau korang nak ke mana-mana di area Johor ni dengan menaiki teksi,sila pilih teksi berwarna MERAH...... jangan naik yang warna BIRU...... sekiranya korang dr bandar Johor menaiki teksi MERAH, boleh suruh pemandu teksi MERAH tadi ambik korang semula..... sebab tiada teksi yang murah di sana.... semua teksi BIRU.... MAHAL, ok jangan lupa tau..... di HELLO KITTY TOWN atau Johor Premium Outlets atau LEGOLAND..... semuanya sama ok.... sila ambik TEKSI MERAH dan suruh pemandu teksi MERAH tu ambik korang semula.... minta no tel siap2 ok.



Dalam sehari perjalanan kami sekeluarga sempat singgah di Johor Premium Outlets (JPO)..... Di sini tempat shopping barang berjenama....orang kata murah tapi rasanya sama saja harga disekitar JOHOR mahupun MALAYSIA..... cuma tempat ni macam di khaskan untuk korang senang nak shopping.... sebab semuanya ada di sini..... okla selamat bershopping.....


Sampai jer di JPO ni, tempat first yang aku cari tempat makan ahahhaah, lapar sangat-sangat masa ni.... so Mee Kari ala Johor jadi pilihan....


Nanti kalau korang datang.... jgn risau-risau..... makanan kat sini semua berpatutan.....


ok, selesai makan.....


Suasana malam di JPO...... sorry la tak dapat ambik gambar banyak-banyak kat sini utk tatapan korang..... bateri kamera da habis masa di HELLO KITTY TOWN tadi.....


Dah malam, mummy irfan, mak long & pak long tak habis-habis lagi memborong..... nasib baik kita tunggu kat dalam keta kan ada juga aircon......


Selamat Malam JPO..... so kitaorg balik dulu....


nanti kita sambung hari kedua pulak ok....... doakan la aku banyak masa terluang untuk blog ni.....


Nuffnang

Jom Share BLOG dsini