Nuffnang

Facebook

Raya da Habis baru nak publish.....

0 comments


Assalamualaikum

Raya da habis ke??? ahahhaha ni kali la..... sori la tak sempat nak update apa2 berkaitan raya.... raya mcm biasa.... Alhamdulilah diberikan kesempatan lagi utk beraya di tahun 2015. Ramai yang tak sempat nak jumpa.... terutama kawan2, almaklum saja la aku punya keluarga besar di Sandakan. Minta maaf mana2 rumah yang aku x sempat p, klu panjang umur kita jumpa lagi. Asyik beraya sakan.... satu gambar pun aku x sempat ambik ahahah. Walaupun raya da habis tapi aku masi punya rasa nak gi beraya.... ehehhehe banyak cantik nak raya setahun. okla cukup setakat ni dulu bebelanku d blog ni... lain kali kita borak2 lagi ok. Terima kasi sbb baca my blog yang jarang berupdate ni. Buat masa ni, aku sibuk menumpukan sepenuh perhatian pada kerjaya.......... ok sebut pasal kerjaya... aku nak sambung sikit. 

Baru-baru ni d FB ada artikel "Suri rumah sepenuh masa VS Suri rumah bekerjaya". Korang nak cakap apapun terpulang.... kedua-duanya pun ada kebaikkan tersendiri, tp jangan la cakap Suri rumah yang bekerja tu menambah beban suami.... suami kitaorg izinkan kitaorg bekerja tau, klu suami rasa terbeban da lama dia suruh kitaorg duduk umah, tapi setakat ni aku belum terfikir lagi apa nak buat klu suami suruh aku berhenti kerja.... tapi rasanya tak kan kot..... kepada Suri rumah sepenuh masa.... Alhamdulilah tu rezeki korang, jangan la dibeza-bezakan. Terpulang kepada individu masing2, i enjoy jadi suri rumah bekerjaya. 

Rutin suri rumah bekerjaya (hari bekerja) :- 

1)    setiap minggu sterika baju suami + baju sendiri (10 pasang baju, itu pun klu yg kerja 5hari, klu yg kerja 7hari seminggu, klu ada baju sekolah anak lagi korang pandai2 la kira). 

2)    sediakan sarapan utk suami.... (walaupun segelas nescafe)

3)    keluar umah sama2 p kerja (walaupun naik keta lain2... tapi enjoy dapat dengar siaran radio yang sama... eh tu radio takde kaitan ehehhe)

4)  balik kerja, masak utk suami (walaupun yang simple cth : udang masak kari (Nampak simplenya disitu).... walaupun tak sesedap mana..... Alhamdulilah suami faham, isteri dia bukan tukang masak, isteri dia penjana ekonomi negara.... eheheh.... thank you syg, sebab jamah jg makanan yang bini masak smpi habis…. almaklum la lapar kan (klu tak lapar ko jgn harap habis… esok buat bekal g opis) kwn2 opisku take note, klu aku bawa bekal ertinya masakan semalam kurang memuaskan tp korang berjaya habiskan tanpa gagal kira okla kan). Ada org selalu ckp dengan aku…. Ala korang berdua saja, beli saja la diluar, tak perlu masak…. ini kehidupan kitaorg jgn masuk campur sgt. Walaupun masakanku tak sesedap mana, tapi menyediakan mknan utk suami adalah satu ibadah yg bermafaat utk bekalan disana).

5)    kemas dapur…. (cuci pinggan dan buat la apa yg patut di dapur tu)

6)  masa utk rehat…. (dr pagi g kerja teringat katil kat umah…. Ini la masanya nak baring luruskan badan) (mana-mana yg ada anak tu rutin diaorg lagi parah….. nak pantau kehidupan anak2 lagi… maklum saja la sehari tak jumpa)

Semua rutin diatas akan diulang 5kali seminggu.

Rutin suri rumah bekerja (hujung minggu) :-

1)    Kemas umah…. (ini saja la masa yang ada nak kemas)

2)   Cuci baju, lipat baju, sterika baju…. (maklum saja la 5hari tak cuci baju kan…. jgn la buat spekulasi kami malas, siapa nak angkat kain klu dijemur pada waktu bekerja, kadang2 klu dlm minggu tu ada sukan terpaksa jg cuci baju…. Jemur je la kat dlm umah…)

3)    Masak sarapan, mkn tengahari…. (klu rajin masak la, da 5hari masak kan…. pasti suami bagi cuti masak (bawa mkn dekat luar))

4)    Rehat…. (hilangkan stress, nanti dpt tekanan sapa susah…. )

Ini la rutin hujung minggu, ni tak termasuk stress di opis lagi. Takde la tulis rutin tu detail sgt, smpikan setiap jam apa yg aku buat aku nak senaraikan…. ni pun da cukup utk tatapan korang. Klu dapat suami yang ringan tulang… Alhamdulilah nescaya kehidupan korang akan bersinar secerah matahari…. Tema kasi buat suamiku yg mengizinkan aku p bekerja…. insyaAllah akan bini jaga batas2 pergaulan. Kepada yang selalu membeza-beza kan Suri rumah sepenuh masa VS Suri rumah bekerjaya…. udah-udah ler…. Panjang pulak bebelanku kan…. okla smpi sini dulu ok. Masa utk brehat badan da tiba.

 

Ni saja gambar yg ada raya baru2 ni (2015) family sebelah suami aku. Sebenarnya aku jarang nak update cerita keluarga sebelah suami…. sbb takut ada yg tersinggung atau berlaku salah faham…. gambar ni pun aku ambik dr FB. Maaf zahir & batin semua… Assalamualaikum.



Nuffnang

Jom Share BLOG dsini