Nuffnang

Facebook

Syukur Masi ada yang Sayang

0 comments
Alhamdulilah.....

Syukur pada Allah dengan izinnya aku masi bernafas sehingga ke hari ini.... Selamat Hari Lahir to me.... Terima kasih pada ahli keluarga, rakan-rakan yang mendoakan kesejahteraan hidupku. Semoga kita sama-sama dilimpahi rahmat dan rezeki darinya.... Semoga kita semua sentiasa dalam lindungannya.

Yang sebenarnya hari ni sepatutnya diraikan untuk my mummy Puan Dayang Salamah Pg Hj Abdullah yang melahirkan saya ke dunia ini pada tarikh yang sangat cantik 09 Oktober dan tidak dilupakan juga buat my daddy Tuan Adrah Guliga yang tersayang yang banyak besabar dengan karenah anaknya ni.... anyway tema kasi mummy & daddy tanpa kamu, rasanya kehidupan ni dapat aku tempuh sampai ke hari ini. Ya Allah aku mohon perlindunganmu untuk kedua orang tuaku semoga mereka sentiasa kau berkati dan rahmati.... pelihara la mereka sebaik2nya... amin. Mummy & Daddy, ketahuila sejauh mana pun anakmu ini pergi dan di mana pun anakmu ini berada.... kamu sentiasa dalam ingatan dan doa yang tidak pernah putus. Maafkan la anakmu ini sebab kadang2 terlalu sibuk sampai tidak tetelepon kamu di sana. 

Bercerita tentang kesibukkan dunia, aku juga seorang hambanya yang biasa2 tidak punya kuasa keenam untuk terus hidup. Rata-ratanya kita semua sama, menjalani kehidupan yang hampir sama.... aku percaya rezeki tu semua datang dariNya dan aku redha pada takdirNya bersyukur pada pemberianNya dan insyaAllah akan berusaha menjadi hambanya yang terbaik di dunia mahu pun di akhirat kelak. Doakan la aku punya kesempatan dan waktu untuk terus menjalani kehidupan ini.

Hari ni 09/10/2014, aku sedar sudah sejauh ini aku hidup, banyak pengalaman hidup yang aku belajar. Berkat doa orang-orang yang ada disekelilingku aku berjaya menempuh kehidupan ini, andainya kamu semua tiada maka susah rasanya. Rakan2 yang mengenali diri terima kasih sebab kamu semua selalu ada sama aku disaat susah dan senang i love you all........


Rasanya x lengkap hari lahir klu tiada Kek.
Thank you to My Bos (Dahlia Ismail) sbb celebrate my birthday.

Tiada apa yang aku minta dari kamu semua..... dengan adanya kamu disekelilingku sudah cukup buat aku gembira.... terima kasih semua kesayanganku.....


Yang terakhir sekali, untuk seseorang yang paling dekat dengan aku buat masa ni, hari-hari jumpa x pernah tidak.... terima kasih atas segalanya, terima kasih sebab menerima aku seadanya, terima kasih sebab menghargai kehidupan kita. Umur tu cuma satu digit atau angka, tidak kira la besar atau kecil aku harap kau juga tidak berubah mengikut waktu, semoga kita kan berjalan beriringan bersama sampai ke syurga Allah...... cekalkan hati kita, tetapkan iman kita..... amin. Sempena hari yang mulia ini, bini mohon maaf atas segala kekurangan ampunkan segala dosa-dosa bini.


Sekali lagi terima kasih yang tak terhingga buat sedara mara dan rakan-rakan di FB & IG yang mengucapkan selamat hari lahir terima kasih. Buat yang sedang membaca blog ini juga saya ucapkan terima kasih atas kesudian kamu membaca blog ini.



Nuffnang

Jom Share BLOG dsini