Nuffnang

Facebook

Berangan-angan

0 comments
Assalamualaikum

Berangan lebih…. siapa yang suka berangan-angan macam aku? Ahahhah. Berangan-angan tu free je kan?? Jom la kita berangan. Aku kalau terlalu banyak berangan-angan mesti keluarkan angan-angan tu dalam kertas….. ahahah supaya aku tak sakit kepala simpan angan-angan kat kepala…. ehehheh. Korang sama tak macam ai…..??? Kalau aku tak tulis dalam kertas ada la tu mangsa yang aku cari utk kongsi my angan-angan, so sekarang ni kiranya korang la mangsa tu…. sbb ai nak kongsi angan-angan dengan korang….. eheheeh ready utk berangan-angan k.


Angan-angan 1.
 

Kalau korang da lama baca blog ni mesti tau aku ni seorang yang suka tgk drama korea…. sekarang ni aku tengah tengok cerita “The Descendants Of The Sun” setakat ni…. ini la cerita yang terbaik dan yang aku tunggu-tunggu episode yang seterusnya…. kalau tgk dekat online, sekarang ni baru episode 1-8, tapi aku paling suka tengok episode 6 ahahah siaran ulangan da berapa kali tak tau ahahha. Ceritanya mengisahkan kehidupan seorang askar dan seorang doktor perempuan yang ditugaskan ditempat yang sama…. untuk mengetahui cerita ni dengan lebih lanjut lagi…. korang bolehla tengok nanti ok. Aku confirm korang pun akan sama berangan-angan macam aku eheheh…. watak askar tu charming sangat….. bila tengok cerita ni, aku mula la berangan nak ada bf askar ahahah angan-angan saja ba, tp bila aku sedar dari angan-angan…. tak nak la bf askar…. nanti kena hidup berjauhan…. nanti selalu risau huhuhu. Tak sabar nak tunggu episode seterusnya. Dibawah ni gambar yang moment aku tak boleh lupakan :-

Moment yang buat aku rasa nak tau..... 


 Akhirnya aku tahu dia ada.....

Moment buat aku rasa setiap perkataan tu ada sesuatu....

dialog dlm gambar di atas :-
syukur, ko selamat. 
mungkin aku akan menyesal.
tapi aku x boleh ada setiap masa bersama ko.
ko jaga diri ok.
ko pun sama....

Sampai di situ la cerita "The Descendant Of The Sun" 


Angan-angan 2
Aku jarang tgk cerita/drama/filem genre aksi, aku paling suka genre seram…. tapi baru-baru ni aku tgk IP man 3…. berangan la kejap dapat belakon dlm cerita tu jadi isteri IP man ahahaha best sgt angan-angan aku kan ahhhahaha, sapa belum tgk IP man 3 boleh la tengok. Cerita IP man 3 ni banyak aksi lawan-lawan tapi klu bab tu aku skip eheheheh….. nak dijadikan cerita isteri IP man ni sakit kanser…. so IP man tu tak peduli sgt hal lain dia tetap utamakan isteri dia. Nanti korang tengokla cerita tu ok. Bila feeling2 jd isteri IP man tu, rasa dihargai sgt.... biasa la kan perempuan mana tak suka pasangan diaorg sentiasa ada bersama.... tapi memang tak la kan.... masing-masing kerja cari rezeki..... ada yang cari rezeki terpaksa berjauhan.... semoga Allah berikan kamu ketabahan menghadapi kehidupan.



Asyik berangan jer la kerja aku kan…. ahhahaha korang pun pastinya tak kurang hebat dengan angan-angan aku kan. Sebenarnya banyak lagi angan-angan aku, kadang-kadang sampai terbawa-bawa ke mimpi.... bila sedar dari mimpi, aku akan bangun dan berdoa semoga mimpi yang baik tu jadi nyata…... pada mimpi buruk… biarkan saja la… itu kan hanya mimpi. Cerita angan-angan aku tu tak ke mana pun, bila kembali ke dunia nyata…. aku bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang…. Aku ada keluarga yang hidup susah senang bersama…. yang memahami…. Syukur Alhamdulilah.



Walaupun aku kuat berangan.... tapi aku tak lupa tarikh-tarikh istimewa dalam hidup aku 04/03/2016.

 Selamat Hari Lahir my IP man.... semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki....


Kek ni bini tempah khas dr Kak Kiah Kek House..... Kek batik hipster. Ni kek kegemaran bini dia hahaha. Kek wajib ada, klu takde kek tu ertinya aku dah tua, da tak bo ingat tarikh ehheheh

Aku siap2 design lagi sblm smpi harinya.... memang aku nak kek tu sedia dipotong 12bahagian, sempena nama dia ada 12 huruf.... ahahha takde la sebenarnya bini dia klu potong diumah tak cantik ahahaha

ni la rupa kek tu bila da dipotong. Selamat menjamu selera. Sedap sgt kek ni, aku bagi kek ni A++. Thank you Kak Kiah Kek House yang sanggup layan karenah pelanggan dia yang mcm aku ni. 


Bye semua.... nanti next entry aku cerita kat mana beli kek tu ok. Sebelum ni aku pernah buat entry juga untuk Kak Kiah Kek House (boleh klik link) tapi insyaAllah aku akan up satu lagi entry untuk Kak Kiah Kek House.

Nuffnang

Jom Share BLOG dsini