Nuffnang

Facebook

Nasi Briani Ayam PPC

0 comments

Assalamualaikum....

Apa khabar semua.... lama x jumpa di sini kan..... banyak pekara nak dikongsi sebenarnya... insyaAllah next entry kita cerita. Tujuan hari ni update blog sebab nak share cara masak Nasi Briani Ayam dalam Philip Pressure Cooker (PPC). 


 Ini la rupa bentuk PPC tu - sumber gambar ni dari google. Tak sempat nak gambar PPC sendiri.


Tumis bawang putih & bawang merah yang telah dikisar & bahan dalam gambar ni dalam PPC menggunakan 3sudu minyak sapi kalau tiada minyak sapi boleh gunakan minyak masak. Gunakan mode : bake chicken.


Tumis bersama rempah nasi briani yang boleh didapati di Pasaraya berdekatan dengan korang... macam giant atau di kedai-kedai yang menjual rempah. Tambah sedikit air jika perlu. Kemudian masukkan ayam & garam secukup rasa. Setelah mendidih masukkan beras, sebaiknya gunakan beras basmathi tapi kalau takde.... guna saja beras biasa pun boleh (pastikan beras basmathi direndam selama 20minit lebih awal sebelum dimasukkan ke dalam PPC). Matikan/offkan mode bake tadi. Tutup PPC, tombol pusingkan ke seal. Kemudian tekan mode rice & start. Lebih kurang 14minit hidangan siap untuk dimakan.


Setelah siap, jangan biarkan dalam keadaan Warm terlalu lama, nanti nasi akan berkerak. So keluarkan Pressure dengan pusingkan tombol ke vent (hati-hati semasa mengeluarkan wap). Buka tutup PPC, gaulkan nasi hingga sekata. Hidangan siap untuk dimakan.

Selamat menjamu selera. Pesanan kepada Encik abang di luar sana, belikan la PPC ni untuk kemudahan seisi keluarga.


Boleh juga dimakan dengan ayam goreng.


Jika ada kelapangan, next entry saya akan kongsi kan macamana nak masak ayam panggang PPC ni dengan menggunakan 4 bahan perapan. Kita sama-sama belajar, saya pun baru guna PPC ni tak sampai setahun pun. Makanan menjadi lebih sedap bila dimasak menggunakan PPC.

Thank you semua, kita jumpa di next entry.



Nuffnang

Jom Share BLOG dsini