Nuffnang

Facebook

Johor : Legoland


Assalamualaikum

Akhirnya sampai juga kita ke hari terakhir percutian kita, jauh tau bejalan dari Sabah-Johor-Singapore-Johor-Sabah. Mesti la penatkan, tapi kalau rasa penat tu disulami rasa gembira bercuti bersama keluarga, penat pun tak terasa.... tapi bila da sampai umah korang rasakan betapa penatnya.Okla, nak bcerita hari ketiga percutian di Johor..... sapa2 belum baca episod 1 episod 2 boleh baca just klik link tu.... ok. 


Hari ketiga di Johor.... ke mana lagi kalau tak ke Legoland.... mula-mula bediri di pintu masuk Legoland ni, terpegun seketika.... tertanya-tanya betapa gigihnya org yang buat pintu gerbang dengan menggunakan blok lego..... tengok gambar jer la yer....

Baru dekat pintu masuk dah tergamam.... belum masuk kat dalam lagi.... sapa tak masuk rugi.... tiket better beli online murah sikit, harga tiket bermula RM275 - RM120.... banyak kategori ok.


Hotel Legoland....


Bersantai-santai depan hotel tak sabar nak mandi manda.... sabar yer dik petang sikit baru mandi ok....


Pemandangan dari tepi Hotel Legoland


Pemandangan dari jauh Hotel Legoland


Map Legoland.... boleh dapati berdekatan dengan pintu masuk. Keadaan di Legoland ni sangat panas, so jangan lupa bawa payung, tapi sekiranya korang memang berniat nak beli payung Legoland silakan RM29.90....


Jom Masuk......


Lego City, tempat kanak-kanak (4-6) main keta yang diperbuat daripada lego. Anak buah angah buat susah2 staff Legoland jer, sorang tak kuat tekan minyak tapi pandai kawal yang sorang lagi pandai tekan jer, tapi tak pandai kawal.... kesian kat staff tu.... anyway thank you la....


Lego City juga, ni untuk kanak-kanak besar sikit.... ni siap ada sekolah memandu lagi, baru boleh pandu keta ni.... teringat zaman sekolah dulu, ada pertandingan lalu lintas.... macam tu la.... anak buah aku sorang ni lulus ujian sekolah memandu legoland....


Agak-agak jam berapa boleh sampai??? laju juga keta ni.... best la kan untuk kanak-kanak.... harap2 destinasi seterusnya ada pulak aktiviti memandu untuk orang dewasa.... tapi jangan beharap sangat.... untuk dewasa tiada.....


Sumber Google : Aktiviti ni boleh la untuk orang dewasa......


Miniland - Bangunan-bangunan bersejarah di Malaysia diperbuat daripada lego. KL Tower.


Bangunan Maybank Kuala Lumpur.


Bandaraya Kuala Lumpur.


Lapangan Terbang LCCT


Pelabuhan Tanjung Pelepas......


Masjid Sultan Abu Bakar


Bangunan ni semua diperbuat daripada lego.... kagum la sapa yang sabar buat benda-benda ni.


masa lalu-lalu di sini.... teringin sangat nak buat lego....


bertekat lepas ni nak beli lego.... buat kat umah.


KLCC....


Minat kapal terbang ya dik.... tengok boleh.... tapi jangan sentuh ok....


Untuk menarik minat negara jiran..... buat la juga bangunan diaorang, untuk tarik minta diaorang datang tengok kan.....Kota Singa (Merlion Park) Sapa tak nampak kepala singa.... tak tau la


Kalau da kerja kat Port, mesti teruja sangat tengok crane diperbuat dari lego, kapal cruise, kontena, boat, macam-macam lagi la ..... cantik.... rugi klu tak dtg....


Bandaraya Kuala Lumpur......


Latihan tembak menembak kami sekeluarga..... semangat menembak nenek bersama cucu, anak buah bersama makcik....


yang ni pulak anak dengan abahnya.... tak boleh nak tembak satu pun.... kesian


yang ni aku tak boleh bla.... laki bini menembak sakan dengan gaya masing2.... Farah terfikir, mana atuk??? Atuk korang skor paling tinggi al maklum jer la bekas tuan inspector kan....


mak dengan anak kat depan, anak siap tutup telinga, tapi mak dia tak peduli tetap menembak dengan dua pistol..... yang kat belakang siap bagi arahan.... nak tembak mana satu ahahahaha


Anak dengan mak naik kapal terbang.....


Anak dengan bapa naik kapal......


IMAGINATION : ok korang da penat, jom tengok 3D ker 4D aku pun lupa hahaha


Nak buat lego sebesar ni pun jadi la.....


Ada yang memerhati......


Sesi Interview : Da berapa kali datang sini???? baru sekali dik, tiket mahal sangat....


Balik dr Legoland ni aku da bertekat, nak bina lego kat umah.... aku siap2 beli blok lego bawa balik umah..... untuk pengetahuan korang Legoland juga mempunyai water park... so boleh la mandi manda tapi water park ini dibuka pada sebelah petang sahaja.... so boleh la bawa baju mandi sekali.... pastikan tiket korang pun termasuk untuk ke water park.


 Water Park : Gigih sungguh anak buah angah main tembak-tembak


bye bye.....


Okla sampai di sini saja percutian kali ni..... nanti korang datang tau gi Legoland.... kesian tau diaorg da bina macam-macam takder orang tengok. Sebelum tu nak cerita sikit pasal Johor, sebuah negeri yang sangat membangun dengan pesat.... mengejar kemajuan negara jiran. Kalau korang datang Johor, tinggal la hotel yang berhampiran dengan JB Central best la senang nak ke mana-mana..... InsyaAllah banyak tempat-tempat menarik yang aku sendiri belum berkesempatan untuk berkunjung....cuma berkesempatan berkunjung ke Pasar Malam Karak berdekatan JB Central.... macam pasar malam biasa tiada yang menarik sangat.... masa ni teringat zaman kehidupanku di Kuala Lumpur satu ketika dulu, alangka indahnya bersiar-siar di kuala lumpur pada waktu malam diterangi dengan lampu-lampu yang menerangi kota walaupun sudah larut malam bandaraya ini tetap hidup tidak kira siang atau malam. InsyaAllah Johor, kalau panjang umur kami datang lagi. berakhirla percutian ni disini.... Doakan la saya murah rezeki boleh dapat melancong lagi.


Kisah Dongengku : Ada seorang hamba Allah memberi teguran di dalam email saya baru-baru ni... tegurannya berkaitan tempat-tempat yang menarik yang saya ceritakan di dalam blog ini, katanya : tidak ada lagi ka tempat-tempat menarik di Sabah yang boleh dipaparkan dalam blog ni, sedangkan penulis blog ini adalah orang Sabah. Penjelasan saya : InsyaAllah, di masa akan datang saya akan memaparkan tempat-tempat menarik di Sabah. Dalam blog ni saya becerita sedikit sebanyak tempat-tempat yang saya lawati untuk memberi kemudahan atau gambaran bagi pembaca blog ini tentang tempat-tempat yang menarik yang pernah saya lawati. Kepada sesiapa yang ingin memberikan komen atau saranan, boleh la terus komen disini atau email kepada saya dgnorfazidah@gmail.com atau pajeet82@yahoo.com sekian terima kasih. Terima kasih kerana sudi membaca blog saya.

No comments:

Post a Comment

Nuffnang

Jom Share BLOG dsini