Nuffnang

Facebook

Cerita Bola....


Assalamualaikum


Tiada cerita yang lebih menarik selain daripada BOLA.... seluruh dunia sebok-sebok bercerita pasal bola.... da seluruh dunia bercerita pasal bola.... siapa yang tak tau pasal bola tu, rasanya entah ko datang dari planet mana.... biarpun KITA tak minat bola tapi da ko tinggal kat dunia ni so mesti la tau kan.... paling kurang pun tau la sekarang ni musim bola (World Cup). KITA tu termasuk la dengan diri aku sendiri kan, aku bukan minat sgt pun bola2 ni, tapi peraturan tu mesti la tau.

World Cup la sangat..... tak sampai seminggu lagi tu World Cup berlangsung, da macam-macam perangai yang kita nampak.....

1) ada yang terpaksa lewat dtg kerja sebab nak tengok perlawanan pasukan kegemaran diaorg, 2) ada yang buat-buat kedai mamak tu macam umah diaorg, 3) ada yang sedih sangat pasukan diaorg kalah, tapi boleh-boleh pulak pujuk hati sendiri, takper tu baru satu game. 4) ada yang lagi kelakar, bila semangat sangat nak tengok bola tapi last2 TV tengok dia..... 5) ada lagi yang paling power, siap buat pertaruhan (tak dinafikan, walaupun sikit tetap ada) da berapa banyak korang kalah pertaruhan...... macam-macam perangai korang.

 Hero Argentina Messi tapi rasanya da tak kuat mcm daulu-daulu


Portugal Ronaldo ni pun sama.... da tak best mcm dulu-dulu...


Kebanyakkan perempuan, walaupun tak minat bola, tapi 2org model kat atas tu mesti kenal la.... bukan apa kadang-kadang perempuan ni bukan tengok bola sangat pun, kitaorg tengok handsome satu hal, kedua pandai main bola pulak tu.... tu pasal la.... ni aku cerita kebanyakkan perempuan macam aku la.... tapi dalam masa yang sama aku tau juga pasukan mana yang kuat, macam belanda, spain, argentina, portugal..... basic mesti tau kan.... bukan pasal handsome semata-mata. Kalau pemain Malaysia, aku kenal jg la... sebab diaorg banyak kontroversi. Okla malam ni jangan lupa tengok Portugal lawan Germany. Nampak sangat ker, aku sokong yang mana satu.... suka hati korang la nak pilih mana satu kan. Apapun semoga pasukan yang kamu sokong tu menang ok. Jangan lewat tidur sangat, nanti susah nak bangun p kerja.... bola bola juga... makan, solat semua kena jaga. okla bye.....

Nuffnang

Jom Share BLOG dsini