Nuffnang

Facebook

Selamat Ulangtahun yang ke-6 (syukur alhamdulilla)


Anniversary.....

Hari ni 30hb Mei 2014 (Jumaat), genap la 6 tahun usia perkahwinanku. Sebenarnya aku nak cerita ni semua pada ulangtahun ke-10, tapi rasanya lama sangat la, so aku cerita la sekarang. Sebelum tu, Ya Allah terima kasih memberikan aku merasai nikmat hidup sebagai seorang insan yang bergelar seorang isteri dan memberikan aku peluang menikmati kehidupan bersama dia. Bersyukur sangat dapat menikmati kehidupan ni, walaupun sampai ke hari ini belum dikurniakan anak. Kepada yang baca blog ni doakan la yang terbaik buat rumahtangga kita semua. Kepada yang belum jumpa pasangan tu, insyaAllah akan ada seorang yang ditakdirkan untuk kamu….AMIN


Isteri orang........


Apa sebenarnya erti perkahwinan tu pada korang? pada aku perkahwinan tu perkongsian, pelengkap, penyatuan, pembesaran…. ahahha bukan saja bentuk fizikal yang membesar insyaAllah keluarga pun makin besar. Daripada hidup seorang akan hidup berdua, semua benda dikongsi bersama, suka duka diraih bersama, menerima kekurangan & kelebihan pasangan kita, insyaAllah dapat mengeratkan silaturahim antara keluarga. 


(Purple) Gambar 2009
 Semoga Allah makbulkan doa kita..... amin


Dalam usia perkahwinan begini, boleh dikatakan masi baru, tapi bagi aku ianya sudah cukup memberikan pengalaman & pengetahuan. Rumahtangga mana yang tidak pernah dilanda badai, pergaduhan kecil @ besar insyaAllah akan ditangani bersama, salah seorang perlu beralah, tapi kebanyakkannya isteri la yang banyak beralah. 


 (Merah) Gambar 2010 -Sori la gambar sebelah kanan tak berapa jelas.
Janji Allah itu PASTI.....


Bayangkan kalau TSUNAMI datang melanda rumahtangga korang, ahahahha….. pernah ke TSUNAMI datang…. doa banyak-banyak buat pilihan yang betul, bukan senang nak sampai hingga hujung nyawa. Janji Allah itu PASTI.


(Hijau) Gambar 2011
Syurga itu di bawa tapak kaki suami...... terima kasih membawa aku ke arah syurga Allah


Dalam perkahwinan ni, banyak keburukkan & kelebihan pasangan kita yang mesti kita terima tak kira apapun jadi..... tutup lain aib pasangan kita sebaik mungkin.... insyaAllah tempatmu syurga Allah. Banyak sangat pekara yang kami lalui bersama.... hanya Allah yang maha mengerti.... setiap dugaan tu pasti Allah berikan kepada yang mampu menanganinya..... insyaAllah akan kami tempuhi bersama selagi boleh.


(Coklat) Gambar 2012
Andai satu hari nanti salah seorang ditakdirkan pergi dulu.... bini berharap biarla sayang yang pergi dulu semoga bini dapat menjaga sayang sepanjang hayat sayang......
Jodoh dan maut tu milik Allah begitu juga rezeki (anak), berkatila kehidupan kami Ya Allah. Kepada yang berada disekeliling kehidupan kami, terima kasih sebab sentiasa mendoakan kehidupan kami dan terima kasih sebab sentiasa memahami.....aku juga berharap kamu faham konsep rezeki, REZEKI tu datang dari Allah bukan dr sesiapa...... ok faham semua.... aahahahha, doakan la kami murah rezeki.....


(Kelabu) Gambar 2013
Terima kasih semua yang mendoakan kami.


Kehidupan yang akan datang kita semua tak tau apa akan jadi.... semoga Allah memberikan asam garam kehidupan yang terbaik untuk kita semua. Nak cerita sikit pasal perangai, dalam kehidupan berumahtangga ni semua pun dikongsi bersama tapi perangai takkan nak kongsi juga.... kalau salah seorg pemarah, satu lagi mesti yang kena marahkan ahahhaha, kalau satu kuat makan, satu mesti kurang makan eheheh, kalau satu penangis, yang satu lagi mesti tukang pujuk tu kan..... kalau satu peramah, yang satu lagi mesti pendiam.... tapi walaupun perangai kita berbeza insyaAllah minat kita sama kan.... eheheh


Sayang, masa tengah taip2 ni, bini rindu sangat2 dengan sayang, bini berharap sayang juga turut merasakan apa yang bini rasa...... korang tau ini la kelebihannya kalau da selalu sama-sama.... salah seorang rasa sakit, yang seorang lagi pasti terasa sakitnya..... magic kan..... itu la keistimewaan hidup berumahtangga...... buat yang ada rasa iri hati dengan kebahagiaan kehidupan kami ni, kami minta maaf banyak2, kami tidak ada niat pun menyakiti kamu.... tolong jangan doa yang bukan-bukan ok dan jangan cucuk jarum dalam hubungan kami. Doa la yang terbaik, semoga kamu semua ditempatkan dikalangan orang yang beriman......



Buat suamiku tercinta : Sempena ulangtahun kita yang ke-6 ni bini x la minta apa-apa hadiah tapi kalau bagi duit tu ok juga.... boleh bikin shopping2 kan....eehhehehe. Semoga Allah panjangkan umur kita. Bini minta maaf atas salah silap, bini juga seorang manusia biasa yang punya hati dan perasaan. Andainya jodoh kita ditakdirkan tidak panjang, bini harap sayang dapat jodoh yang lebih baik dr bini, sebab yang baik macam bini ni pupus sudah tapi mungkin ada yang lebih baik kan.... semoga sayang sentiasa dalam lindungan Allah.... Amin.

Apapun yang bakal berlaku di masa akan datang - semua tu pasti ada hikmahnya....


 Semoga kenangan ni akan mekar dalam ingatan.... Happy Anniversary Sayang


No comments:

Post a Comment

Nuffnang

Jom Share BLOG dsini