Nuffnang

Facebook

Hari Kedua : Singapore

Assalamualaikum

Hari ni 27hb Mei 2014, hari lahir my daddy, aku doakan daddy semoga panjang umur & murah rezeki.... amin.... Semoga daddy sihat selalu. Aku nak share sikit, sebenarnya daddy ni seorang yang sangat2 prihatin tapi dia tak tunjuk pun, dia akan melalui my mum, dari situ kita tau sebenarnya dia ambik berat pasal kita, apapun terima kasih sebab jadi daddy yang terbaik disepanjang kehidupan kami adik beradik, memahami perjalanan kehidupan kami.... love u daddy. Anyway, tak lama lagi "Fathers Day" Selamat menyambut hari bapa. Tiada insan lain yg bergelar ayah/bapa/daddy yang setanding dengan daddy..... daddy adalah yang terbaik untuk kami. Terima kasih Ya Allah, kerana telah memberikan insan sebaik dia menjadi ayah kepada kami semua.....

 Daddy & Mummy with cucu2


Kami (Adik beradik) : gambar 5 tahun lepas

Okla panjang sudah intro tu jom kita sambungan hari kedua percutian kami sekeluarga. Sebelum tu sapa2 yang belum baca percutian pertama (boleh klik link ini) Johor : Hello Kitty Toen & JPO. Hari Kedua, kami sekeluarga ke Kota Singa. Sebelum ni sy pernah ke Kota Singa (boleh klik link disebelah) Pengembaraan di Kota Singa ep1. Kalau percutian sebelum ni kami focus ke Universal Studios Singapore (USS) (boleh klik link) Universal Studios Singapore, pada percutian kali ni kami tidak lagi ke USS, kami sekeluarga pergi ke tempat lain pulak.
Perjalanan dari Johor ke Kota Singa dalam masa setengah jam pun boleh smpi.... tetapi disebabkan kesesakkan lalu lintas dan urusan di bahagian Imigresen menyebabkan kelewatan kami tiba di Kota Singa. Kalau nak pergi ke Kota Singa banyak kemudahan pengangutan yg disediakan..... contohnya, Bas, Teksi, Kapal Terbang pun boleh..... pilih la mana yg sesuai dengan korang. Kami memilih untuk menaiki teksi..... Teksi mesti warna KUNING, hanya teksi warna kuning yang dikhaskan untuk masuk ke Kota Singa di TERMINAL TEKSI KOTARAYA Johor.
Sumber Gambar dr Google : Teksi Kuning


Tengah tunggu teksi sambil isi form.... jangan lupa bawa passport & pen. Pen tu, untuk memudahkan korang mengisi borang.


Pada masa ni teksi tak banyak..... so kena tunggu la dalam 15minit mcm tu. Harga tambang teksi pergi sahaja RM15 seorang. Tapi selesa la sikit berbanding naik bas. Kalau korang bawa anak-anak lebih baik naik teksi.


Sumber gambar dari Google : Di sini la teksi kami berhenti, berdekatan dengan Bugis Street dan Arab Street.


Sampai da di Singapore.... sampai saja terus cari makan..... makan di ARAB Street. Mata wang di sini lebih tinggi dari mata wang Malaysia, tapi kalau setakat nak makan, beli buahtangan & tambang train.... RM300 pun da cukup.....


 mana abah?? oh.... abah tgh cari atok, atok tak hilang???


 Suka nya dia..... Jalan-jalan di Bugis Street, Bugis Juction. Lepas tu, kitaorg menaiki MRT dari Station EW12 : BUGIS ke EW14 : Raffles Place. Dari Station Raffles Place ni kita boleh berjalan kaki menuju ke Merlion Park.


My Untie, bergambar berlatar belakangkan bangunan mercu tanda Kota Singa Marina Bay


Sumber Gambar dr Google : Pandangan dari atas Marina Bay, siapa-siapa yang dating ke Kota Singa wajib ambik gambar berlatar belakangkan bangunan ni..... jgn lupa tau.


My Mum dengan cucu2 & Besan dari Kuching yang turut bercuti bersama kami sekeluarga

Marina Bay

Siapa kentut ???? My anak buah (Nurhani Nadia Binti Mohd FAzli)


My mum with cucu (Hail Irfan Bin Mohd Fazli)


Sedia 123..... Love anak-anak buah angah (Nik Farah Damia, Hail Irfan, Nurhani Nadia & Nik Faris)


Korang layan la gambar2 ni ok. Tempat ni cantik sangat....  terpegun seketika melihat pembangunan di Kota Singa


Akhirnya setelah penat berjalan kaki.... my mum smpi juga di Merlion Park.


Gambar ini diambil dari Merlion Park


Esplanade Singapore


Gambar ni diambil dari Merlion Park,  kiranya kalau korang ke Merlion Park semuanya boleh dilihat dari situ.


Anak buah (Nik Faris), sebok jer dia tengok Map...... u a so cerdik la abang.....


Cepat la sedia nak ambik gambar ni......


Sedia...... 123


Ada yang kurang ke dalam gambar ni..... ????? My mum kata : ini la kali terakhir mummy ke sini, Insya Allah mum, sekiranya panjang umur.... ketentuanNya 10-20 tahun akan datang......


Sudah sampai masanya kita berangkat pulang ke Johor..... kami sekeluarga balik ke Johor menaiki BAS..... dengan menaiki MRT dari Station NS26 : Raffles Place ke station NS7 : Kranji..... dari Station Kranji kami menaiki Bas ke Woodlands Checkpoint. Hotel kami berdekatan dengan JB Central.....


Cerita Dongengku : Saya akan pening kepala bila menaiki train dan bas express..... semasa menaiki menaiki MRT di Singapore dari Station NS26 : Raffles Place ke station NS7 : Kranji.... boleh bayangkan tak 19 station yg perlu dilalui, rasanya kepala da sakit sangat2..... pada masa ni aku teringatkan seseorang. Pada zaman bercinta sakan dulu-dulu.... dia la yang selalu menenangkan bila rasa mcm nak muntah dalam train. Sampai sekarang bila naik train & bas express mesti aku teringatkan dia..... tapi sayangnya dia tiada di sisi pada masa tu. setakat ni dulu cerita dongengku.....


Nanti kita berjumpa lagi untuk hari ketiga percutian ni.




No comments:

Post a Comment

Nuffnang

Jom Share BLOG dsini