Nuffnang

Facebook

#throwback 2013 (Pembedahan Jantung part 3)

Assalamualaikum,

Sejuknya cuaca malam ni.... asyik2 hujan jer.... da musim, apa nak buat kan.... jaga kesihatan korang. Wah bukan main sekarang da mcm doktor suruh jaga kesihatan bagai..... jgn marah ok, kita sama-sama jaga kesihatan kita. Kalau malas besenam, jaga pemakanan, kalau rajin besenam.... makan jer la apa yang korang suka makan. Da nampak kan tajuk entry ni, ni buat aku gigih nak update untuk korang. Kepada sesiapa yang tak tau aku nak cerita pasal apa, better korang baca dulu kedua2 link ni #throwback 2012 & #throwback 2013 jadi korang mesti tau aku nak cerita pasal apa.... kan 


JOM kita balik ke January 2013.......

Seperti yang korang sedia maklum, my mum dijadualkan untuk menjalani pembedahan jantung dengan menggunakan kaedah 'bypass' pada bulan January 2013, sekarang da tiba my mum dibedah. 2hari sebelum pembedahan dijalankan my mum da masuk ward, seperti biasa prosedur.... banyak benda nak kena buat, sebelum pembedahan dijalankan doktor akan terangkan berkali-kali apa yang diorang nak buat, untuk apa, berapa % ??? jap kalau aku tak silap 95% pembedahan berjaya 5% pembedahan tidak berjaya...... Pakar jantung tu, mesti la 95% berjaya..... ko ingat 5% tu tak membawa maut.... kami semua siap tanya doktor apa punca yang menyebabkan 5% tu? Ini disebabkan buah pinggang gagal perfungsi dengan baik & jangkitan kuman. Pada entry sebelum ni aku ada tulis, berkaitan penjagaan sebelum & selepas pembedahan adalah amat penting, sedikit kuman pun boleh membawa maut ok. 


ni antara lukisan yang doktor lukis untuk menerangkan kepada kami sekeluarga agar kami semua faham... 

ok sebelum tu aku nak share apa yang aku tau berkaitan pembedahan jantung 'bypass'. Pembedahan ini bertujuan mengembalikan peredaran darah yang mencukupi kepada otot jantung, dengan mengambil saluran darah di bahagian kaki pesakit dan disambungkan dari 'aorta' dan melepasi saluran darah yang tersumbat.... pembedahan ini bukan bertujuan membuang saluran darah yang tersumbat tapi pembedahan ini bertujuan membina laluan baru yang mana saluran darah dari bahagian kaki diambil dan diletakkan di bahagian dada. Harap korang faham, kalau korang tak faham aku pun tak tau nak buat mcmana ahahah.



ini adalah gambar saluran darah dari kiri, keadaan saluran darah yang normal, bermula pembentukkan kolestrol/lemak, bahagian kuning menjadi semakin tebal, lama kelamaan bahagian kuning menutup saluran darah menyebabkan jantung gagal perfungsi....

aku sambung cerita k, ini bermaksud ada 2 tempat yang perlu dibedah, pertama dibahagian kaki untuk mengambil saluran darah baru & kedua di bahagian dada iaitu jantung untuk diletakkan saluran darah baru pada jantung. Pembedahan ni dilakukan secara serentak, BUKAN hari ni ambik saluran darah dekat kaki, besok buat pembedahan dekat jantung. Sekitar jam10 pagi my mum masuk bilik pembedahan sehingga jam2 petang, masuk-masuk tu bukan terus dibedah, bagi ubat pelali lagi, banyak la prosedur, so rasanya my mum dibedah sekitar jam11 pagi - jam1 lebih.... sebab kami pihak keluarga tidak dimaklumkan lebih awal pembedahan berjaya atau tidak..... jam 4 petang baru pihak hospital maklumkan pembedahan berjaya, da boleh tengok pesakit..... ala sebab masa tu masa melawat mesti la boleh melawat. Jadi lebih kurang mcm tu la 2-3 jam masa pembedahan.

ini adalah antara aksi diluar bilik pembedahan.... macam piknic ahahahh anak buah aku dtg dr jauh sbb nak jaga nenek diaorg ahahah

masa ni, baru lepas tgk my mun kat dalam CCU/CICU.... sedih sgt2... tapi doktor ckp pembedahan my mum berjaya... jadi jgn sedih2....


nampak tak dr pagi tu je la aku mkn... tak senang hati punya pasal.... apapun mesti mkn, sebab aku perlu tenaga untuk jaga my mum.

ni antara gelagat anak buah aku kat umah bila mak diaorg tukar shiff dengan aku jaga nenek diaorg kat hospital.

okla smpi dsitu saja cerita pembedahan Jantung 'bypass' my mum. Lagipun budak dalam gambar ni pun da nak balik KL da.... thank you sebab datang bagi sokongan dekat nenek.

Semoga dengan apa yang aku kongsikan ini dapat memberi manfaat kepada kita semua. Nanti aku update lagi untuk k....... Terima Kasih sebab sudi membaca, sekiranya korang ada nak tanya apa2 boleh inbox aku kat FB atau komen jer kat bawah ni..... insyaAllah mana yang aku tau aku akan tolong.... 

Selamat Malam.....

No comments:

Post a Comment

Nuffnang

Jom Share BLOG dsini