Nuffnang

Facebook

#Throwback - 2012 (Pembedahan Jantung part 1)

Assalamualaikum,

hai apa kabar semua, lama da tak bcerita di sini kan..... hari ni 21/01/2014 sy kurang sihat sedikit, tapi tak ape mungkin sebab kurang sihat ni sy dapat meluangkan masa untuk becerita disini......

pejam celik da tahun 2014, amacam dengan tahun baru korang? harap2 semuanya berjalan seperti yang di inginkan. Pada permulaan tahun 2014 ni tak berapa baik untuk sy, hari kedua di tahun baru ini sy smpi lewat ke tempat kerja.... tapi bukan disengajakan keta meragam.... apa nak buat.... ni semua pekara yang tidak dijangka.... ahahha tidak disengajakan, bukan itu saja.... kesihatan saya pun tak berapa baik..... sekarang da nak masuk 2 minggu sakit.... doakan saja la yang terbaik utk sy ok. Tiada siapa yang minta untuk sakit kan, tapi pekara2 begini kita tak dapat nak elak..... kata org kalau kita sakit ni mengeratkan lagi kita dengan yang Maha Pencipta... kan. Semoga kita semua diberikan kesihatan yang baik... amin.....

becerita tentang sakit ni..... baru teringat, sy sebenarnya nak becerita sikit, pada tahun lepas di bulan January ni my mum menjalani pembedahan jantung, hampir setahun telah berlalu..... Alhamdulilah my mum diberikan kesihatan yang baik sepanjang tempoh setahun ni.... Semoga My mum kuat melawan penyakit ni..... wahai penyakit yang kronik-kronik jangan datang dekat dengan orang-orang yang sy sayang.... please go away...... rasanya klu kita boleh pindahkan penyakit tu, da lama kita pindahkan..... biarla kita yang sakit daripada tengok org-org yang kita sayang sakit kan??? 

Sebenarnya my mum disahkan menghidap penyakit jantung bulan Oktober 2012 (tragedi oktober), ok anak mana yang x risau, my mum masuk hospital di Sandakan. My mum dimasukkan ke ward selama 5hari 4malam.... macam bercuti pulak, ni kira bercuti juga la, bercuti di ward. Masa tu sy ingat ada buat satu entry Bukti Cintaku Padamu kamu baca la kalau rajin..... pada masa tu doktor ckp kena buat pembedahan segera, tapi dalam masa yang sama kena tunggu sebab banyak sangat org sakit jantung yang tengah tunggu turn, untuk pengetahuan korang pembedahan tu dibuat di hospital Queen Kota Kinabalu BUKAN di Hospital Sandakan. Setelah perbincangan dibuat di antara ahli keluarga, kami semua bersetuju, my mum akan buat pembedahan, dengan bantuan doktor dr hospital Sandakan, my mum berjaya dapat tempat untuk buat pembedahan pada bulan Dec. Ya Allah, lamanya bulan Dec,lebih kurang 1bulan setengah lagi.... dalam masa yang sama kami sekeluarga juga menghubungi pihak IJN di Kuala Lumpur, bukannya tidak percaya kepakaran di Hospital Kerajaan tapi kami sekeluarga mahukan pembedahan segera untuk my mum, tapi malangnya tiada kekosongan, ada kekosongan hanya untuk bulan Mac 2013, lagi lama kan..... so kami memutuskan untuk menunggu jadual pembedahan yang telah diberikan oleh Hospital Queen pada bulan Dec 2012.


JOM kita pergi ke bulan Dec 2012.....

Di Hospital Queen II Kota Kinabalu, My mum dijadualkan menjalani pembedahan "Angiogram" pada 21 Dec 2012, 2hari sebelum pembedahan my mum telah dimasukkan ke ward, bagi pembuat pesediaan sebelum pembedahan.

Ok, sy terangkan sedikit tentang pembedahan "Angiogram" : pembedahan ini dilakukan bagi tujuan membuka arteri yang tersumbat, dengan pemasangan stent (stent ini diperbuat daripada bahan anti karat) di bahagian arteri bagi tujuan meluaskan saluran arteri tersebut. 

Sebelum membuat pembedahan Jantung, Doktor/Pihak hospital akan datang berbincang berkaitan pembedahan & juga kos pembedahan. Hari tu ada yang bertanya berkaitan kos pembedahan Angiogram..... menurut penerangan yang telah diberikan kepada kami sekeluarga RM7 ribu untuk satu stent, sekiranya kamu bekerja dengan kerajaan 50%, so RM3.5 ribu untuk satu stent.... lebih banyak stent yang digunakan lebih banyak la RM nyer..... itu mengikut harga semasa yer... tu tahun 2012, sekarang ni 2014 x tau berapa RM??? 

So, kami sekeluarga bersetuju & membenarkan pihak Hospital menjalankan pembedahan. semasa sesi penerangan, pihak hospital & keluarga pesakit, pihak hospital akan meminta mana-mana ahli keluarga terdekat untuk mederma darah bagi penggantikan darah yang digunakan semasa pembedahan.... so sekurang-kurangnya 4org.... bukan ahli keluarga sahaja siapa-siapa pun boleh, janji ko ganti balik darah yang akan digunakan. Ada juga sesetengah pesakit yang mempertikaikan dan tidak bersetuju, seolah-olah pihak hospital memaksa mereka untuk menganti darah tersebut, kita tidak boleh menyalahkan pihak hospital, tabung darah kekurangan darah tu pasal diaorg buat macam tu. Tapi rasanya pihak hospital Queen juga perlu memaklumkan lebih awal, bayangkan la pesakit datang dari Lahad Datu Sabah bersama isterinya, setelah tiba di Hospital Queen baru dimaklumkan perkara ini, pesakit tersebut tidak punya keluarga di Kota Kinabalu, bagaimana pesakit hendak mencari penderma darah tersebut.... perlu ka pesakit tersebut merayu macam peminta sedekah bagi mendapat kan darah gantian untuk pembedahannya.... rasanya pihak hospital perlu memberikan kelonggaran bagi pesakit-pesakit begini. Cadangan saya, rata-rata kita semua punya acc FB bukan, minta la pertolongan dari laman Fb, rasanya ramai yang akan membantu..... sekadar cadangan ok. Ucapan terima kasih buat my syg.... sebab telah mendermakan darahnya buat darah gantian untuk pembedahan ibu mertuanya, begitu juga kepada 3org lagi murid adik sy..... terima kasih banyak-banyak. 



ni gambar my mum sebelum operation, masi boleh senyum lagi.... kami semua tau mum sakit masa ni tapi dia tetap bertahan untuk kami semua... caya la mummy.... i love u, setahun da berlalu mie, semoga mum kekal sihat.....amin

My mum dibawa ke bilik bedah, semasa di dalam bilik pembedahan pemeriksaan dijalankan sekali lagi, masa my mum di masukkan ke bilik pembedahan, sy dalam perjalanan balik ke rumah untuk mandi, yang hanya ada di hospital pada masa tu, my daddy, my kakak, my adik2. setelah siap mandi-mandi terus balik g hospital.... siapa tak risau.... mak sy tu, bila sy smpi hospital, tgk my family masi di luar bilik pembedahan, Ya Allah lamanya mummy di dalam bilik bedah tu, ko bayangkan aku balik umah mandi pastu balik semula ke Hospital my mum belum juga keluar dr bilik bedah, akhirnya kami nampak my mum dr luar, masa tu dia dalam keadaan sedar di tolak dengan kerusi roda, iiiiiiiiiii heran, tapi masa tu kami belum boleh berkomunikasi dengan my mum sebab ada dinding cermin yang memisahkan kami, So bila terbuka saja pintu cermin tu, aku terus masuk tgk my mum, Alhamdulilah........ my mum tidak disarankan menjalani pembedahan Angiogram, atas sebab- sebab tertentu. Pada masa tu, rasa syukur pun ada, rasa bimbang pun ada..... rasa syukur sebab sekiranya my mum menjalani pembedahan Angiogram ini, stent yang sy ceritakan tadi akan di ganti setiap 5 tahun atau 8 tahun mengikut saranan dari doktor pakar. Kamu bayangkan 5 tahun datang lagi buat pembedahan untuk ganti stent.... smpi bila la kita mau sihat. Apapun pembedahan yang dicadangkan oleh pihak hospital adalah yang terbaik, mesti ada hikmahmya. So my mum, dicadangkan membuat pembedahan "bypass". So kami juga selaku pihak keluarga bersetuju & my mum di jadualkan pembuat pembedahan secepat mungkin, so pihak Hospital Queen memberikan tarikh baru pembedahan iaitu January 2013. My mum menjalani kehidupan seperti biasa d Sandakan dan sekiranya my mum mempunyai masalah2 sepanjang tempoh menunggu waktu pembedahan tersebut, dinasihatkan terus ke bahagian kecemasan Hospital Sandakan. Dengan izin Allah, my mum sihat-sihat saja sepanjang tempoh menunggu.

ni la cucu nenek yang sebok nak sambut birthday dia di Hospital sama-sama dengan nenek. Untuk pengetahuan semua ni anak buah sy Nik Faris Danial, dia sambut birthday 20 December 2012 yang ke 4tahun. 

Nik Farah Damia juga tidak ketinggalan menemani neneknya d Hospital. Gambar Kek di belakang : kalau di ingat2 lucu juga kan... kita sambut birthday c faris d Hospital ehehhe.... my mum sebenarnya tidak dibenarkan keluar lagi, sebab banyak prosedure yang perlu dilakukan sebelum pulang ke rumah. Akhirnya Doktor membenarkan my mum balik sebab doktor kesian tengok anak buah sy sambut hari lahirnya di hospital... so my mum boleh balik seawal jam7 malam. 

So jom celebrate, Restoran Hang li Po, Kota Kinabalu.... nampak tak my mum, still nampak sihat untuk cucu-cucu dia yang risau kan dia..... Ya Allah terima kasih atas segala kurniaan mu pada kami, berkati la  rahmatila kami.

Selepas pembedahan yang dianggap x jadi tapi segala wayar sudah masuk p tangan my mum.... how can u do that to my mum. huhuhhuh...... untuk pengetahuan semua, pembedahan jantung yang dinamakan Angiogram ini hanya dijalankan di bahagian pergelangan tangan atau paha..... tengok la kalau dr tangan x boleh, dari paha. So tu doktor la pilih yang mana lebih sesuai. Pemeriksaan yang dibuat ke atas my mum adalah dengan memasukkan camera ke bahagian pergelangan tangan dan kemudiannya baru doktor bgtau x boleh buat. My mum stabil la selepas beberapa jam. Terima kasih kepada yang datang melawat my mum di Hospital..... kepada yang tidak tahu, harap maaf & harap kamu faham dengan situasi kami sekeluarga .....dan terima kasih atas doa2 kalian semua. 

Sampai sini saja la dulu penat da mengingat peristiwa 2012 ni.....

Untuk my mum, aku share cerita mummy ni bukan mau mummy ingat peristiwa operate2 ni, tujuannya untuk orang lain punya gambaran tentang sakit jantung ni, supaya diaorg bo bersedia menghadapi kemungkinan yg akan datang, tidak la macam kita. Semoga sakit ni jauh dari mummy dan kita semua ok. 

Buat yang baca blog ni teruskan membaca, sekiranya ada yg sakit hati baca entry ni cakap dalam hati mcm ni "macam kau pulak doktor, mau kasi terang sama kami" apa yang sy tau sy kongsi ok. 

nantikan entry seterusnya........ dalam masa terdekat.

Nuffnang

Jom Share BLOG dsini