Nuffnang

Facebook

Kehilangan....... 2015

Assalamualaikum

Alhamdulilah aku punya masa yang terluang untuk bercerita di belog ni. Selamat datang 2016, sebulan sudah berlalu..... 2015 sudah kita tinggalkan. Tahun 2015 adalah tahun yang paling sibuk buat aku, hujung minggu semua dipenuhi dengan aktiviti. InsyaAllah 2016 akan aku warnai dan harungi dengan tenang. Sukar dipercaya.... aku merindui 2015.... banyak kenangan yang tidak dapat dilupakan..... rasa kehilangan masi terasa.... masi segar dalam ingatan.... sehingga ke hari ini rasa sedih masi ada.... Al-fatihah buat saudara-saudara kita, semoga diaorg semua ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. 

Pada tahun 2015, aku telah kehilangan seorang pacik & seorang macik. Bercerita tentang arwah pacik (kami panggil dia pacik lipah).. aku rapat juga dengan arwah, jarang juga bersua, tapi andai bersua atau berbual.... pastinya kami akan bergurau senda. Masih terkenang gelak tawanya... andai bercerita melalui telephone macam POS laju tu kami punya.... arwah seorang pekerja di pejabat POS Laju. Gurauannya x pernah sedikit pun menguris hati, tapi sebaliknya. Pernah sekali aku call dia bertanyakan parcel yang sepatutnya sampai di rumah (Sandakan) tp dalam status di online, parcel tu dihantar ke TAWAU.... apa jawabnya sambil ketawa dia bergurau : tunggu la POS Laju ni kita punya ahahahh, baru kita marah ni staff semua, kesian barang anak buahku dihantar ke TAWAU ahahahah. Pacik ini ada adik bungsu kepada my mummy. Dari aku kecil sampai la dia pergi meninggalkan kami, aku tidak pernah sekali pun nampak dia marah.... apa lagi kasi tinggi suara. Tanya saja la pada sesiapa yang kenal dengan arwah pasti juga menyatakan benda yang sama. Aku mohon kepada pada kamu yang membaca belog ini sedekahkan la Al-Fatihah buat arwah Awang Halifah Pg Hj Abdullah yang telah pergi pada Oktober 2015. Sayang ko pacik sampai bila-bila. 

Selang 2 hari pemergian pacik, macik pulak meninggal. Arwah macik merupakan adik kepada my mum juga.... Al-Fatihah buat arwah Noramidah Pg Hj Abdullah..... semoga macik ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Macik ni aku rapat juga (kami panggil arwah ni  Cik Dah).... dulu masa kecik-kecik cik dah ni la yang jaga kami. Cik Dah juga seorang yang suka bergurau, gelak tawanya masi segar dalam ingatan.... Cik Dah sayang.... amanla kamu di sana.... insyaAllah kami di sini akan mendoakan kamu selalu. Kepada yang sedang membaca belog ini, doakanla yang terbaik untuk arwah Noramidah Pg Hj Adbullah.... Al-fatihah....amin.

Tidak dilupakan juga buat semua saudara kita yang telah kembali kepadanya... Al-Fatihah.... amin Semoga kamu tenang di sana..... insyaAllah. 

Rasa kehilangan ini banyak mengajar aku erti sebuah kehidupan. Yang pergi pasti tak akan kembali, tapi kita yang masih bernyawa teruskanla mengumpul amalan untuk bekal kita ke sana. Semoga kehidupan kita di tahun 2016 akan lebih bermakna.... amalkan kehidupan yang sihat. jaga kesihatan. Nanti kita jumpa lagi dalam entry yang lain ok. 

Gambar di bawah juga buat aku rasa kehilangan. Salah satu dalam gambar tu tidak lagi dibawah jagaanku.... banyak kenangan suka dan duka sepanjang perkhidmatannya sama kami. Pada aku ia merupakan kenangan yang terindah bila kali pertama masa bawa dia balik bersama kami. Walaupun ada yang baru, tapi tetap tidak sama macam dia. Aku harap kau akan bahagia disamping tuan barumu. Jasamu tetap dikenang, Terima kasih atas perkhidmatanmu dan perlindunganmu selama kita bersama..... 


No comments:

Post a Comment

Nuffnang

Jom Share BLOG dsini