Nuffnang

Facebook

Cerita Campur-campur......

Assalamualaikum

Hari-hari aku berharap dapat update entry di sini, tapi memang tak boleh.... sibuk ba sorry ah semua, mesti kamu bengangkan, buka tutup blog ni... asyik2 tajuk yang sama... insyaAllah akan aku usahakan untuk lebih rajin becerita di sini.... malam ni malam sabtu 20/2/2016... tak tau bila boleh post entry ni..... anyway thank you baca blog ni.....

Sibuk sgt tu tidak la tp, klu dapat masa untuk berehat tu, akan digunakan sepenuhnya untuk berehat, sambil2 berehat.... handfon saja la yang dapat di tengok. Siapa-siapa yang tak terbalas whatsapp nya tu sori la.... klu sehari mau beratus-ratus whatsapp masuk tak terlayan.... yang lebih diutamakan whatsapp keluarga, kwn-kwn & bos..... itu saja yang aku mampu reply.... yang lain tu, klu aku ada masa akan aku reply juga.... thank you semua. Bercerita pasal whatsapp, aku terlupa pulak nak whatsapp seorang kawan baik yang menyambut Gong Xi Fa Cai, rasanya belum terlambat lagi.... (berhenti kejap whatsapp dia dulu).... dia la satu-satunya kawan baik berbangsa cina yang saya ada, susah la mau cari kawan yang akan harungi susah senang sama-sama. Pua Jing Yi.... if u baca my entry ni sori ah.... bukan sy lupa tapi everytime mau whatsapp u ada saja gangguan.... ehehh but u sentiasa dalam ingatan saya.... Rindu nya. Okla perempuan, selamat menyambut tahun baru cina ah.... semoga tahun monyet ni memberi u banyak kekayaan dan kesihatan yang baik.

Selamat menyambut tahun baru buat kawan-kawan yang berbangsa cina.

ini kawan cina aku d opis, best kawan dengan dia, selamat tahun baru Helen

Ni pulak kawan-kawan aku yang bukan cina.... banyak dapat angpau senang la hati tu.

Cerita tadi baru intro, intro da macam-macam cerita ahahhah. Sebenarnya pada entry ni nak cerita,  sejak kebelakangan ni, emosi aku tak berapa nak stabil entah la kenapa, bayangkan.... bila tgk cerita-cerita drama, terutama korea.... airmata ni senang saja nak keluar..... now baru habis tgk cerita "All About My Mom" drama korea.... jangankan tengok drama, bila dengar lagu-lagu pun aku rasa sedih, ditambah-tambah lagi #therealfafau mau kasi tinggal stesen radio kesayangaku #hotfm tambah sedih, mesti tak dapat dengar suara dia  on air lagi lepas ni. Itu la emosi aku terganggu sikit sejak kebelakangan ni, faktor umur mungkin heehheh.... kadang-kadang bila teringat family dekat kg, lagi la airmata tak boleh berhenti.... hanya doa saja yang dapat aku kirim kan buat diaorang.

Sebenarnya emosi ni boleh dikawal, macam dulu aku suka jer marah-marah, pantang ada orang cucuk sikit pasti aku akan marah..... contohnya : bila order pizza, cashier tu cakap boleh tunggu dalam masa 5minit tak? dia lebih jer 5minit.... awas, better jangan janji apa-apa dengan aku ahahahha (darah masi muda) korang pun macam tu kan, mungkin ada yang lebih teruk dari contoh tu. Alhamdulilah, sekarang ni aku boleh mengawal emosi dan lebih bersikap positif menangani sesuatu, dengan harapan orang lain pun sama dengan aku bo kawal emosi masing-masing kan. 

Banyak belajar dari kisah kehidupan orang lain, bersyukur atas pemberianNYA, banyakkan berdoa kepadaNYA diberikan petunjuk dan hidayah, insyaAllah akan perbanyakkan sedekah. Tengok drama tu tak salah, ambil la mana yang baik.... yang buruk tu takyah la kecoh sgt. Begitu juga dengan kehidupan kita, yang mana baik kita share, yang mana tak best tu biar Allah yang uruskan... Allah kan sebaik-baik perancang, tapi kita kena usaha la jadi yang terbaik di sisi Allah.

Jom ikut aku tengok gambar-gambar :-


Pembukaan untuk tahun 2016. Tahun 2015 aku sangat sibuk, diisi dengan berbagai-bagai aktiviti kursus dan sebagainya. Harap-harap tahun ni kurang sikit tu aktiviti... tapi tengok pada pembukaan 2016 saja da tau apa yg bakal aku alami. Ni 2 orang kawan baik aku, harap-harap kami boleh bekerjasama pada masa akan datang untuk memajukan syarikat.

Jangan la bermimpi nak bersenang-lenang di tahun 2016.... boleh nampak tak kerja yang tak akan habis dekat belakang tu. Jangan pulak cakap aku tak kerja siap2 selfie, aku selfie ni masa rehat hari jumaat ok. Siap pakai topeng lagi, ko mampu.... dokumen2 tu berhabuk sbb ada yang dr dalam stor mau dibuat rujukan so pakai la topeng untuk keselamatan. Apapun la, yang penting kesimpulannya "i love my job"

Ni gambar tahun 2015, masa kursus motivasi di Beringgis Beach Resort, Papar, Sabah. Gambar ni sudah di crop sebenarnya ada My Bos sebelah ni, takut dia tak happy pulak masuk dalam blog ni, tp my bos sgt baik dan sangat friendly, thank you bos sebab banyak mengajar dan memberi dorongan selama ni. Pecaya kamu, selama bekerja bersama hampir 8tahun my bos x pernah marah, sekali pun, buat apa juga mau marah kan klu staff tiada salah. Senang bekerjasama dengan my bos, masing-masing da tau feel masing2. thank you bos.

Geng Kursus Motivasi 2015.... harap-harap pengalaman berkayak, fying fox, wall climbing masa ni akan sentiasa segara dalam ingatan.....


Jom cerita pasal makanan.... ni merupakan salah satu menu kegemaran Tauhu goreng. Klu nak mkn ni sila pi ke D'KL Kota Kinabalu...  baru-baru ni mkn with my mum n my dad.

Ni pulak mkanan kegemaran anak buah (Nik Farah Damia), asal dia mkn ni, kami pun turut sama order walaupun tempat kami berasingan.... dia di KL, mak ngah dia ni d KK, family di sandakan pun order sama.... eheheeh makan menu sama di tempat berasingan ahahah


Ni pulak makanan kegemaran my fren semua di opis. Hari jumaat jer mesti datang cni Mashawi di Kota Kinabalu. iolls suka sangat makan nasi briani, tapi nasi briani dekat Mashawi ni sedap tapi ada kurang sikit kuah kari takde....aku memang klu makan nasi briani mesti mkn dengan kuah kari. Siapa ada tau tempat mkn nasi briani d KK yang sedap2 boleh la bagitau. iolls klu teringin sgt mkn nasi briani d KK ni BTC pun boleh la janji sedap.

Cerita makan tak habis di situ.... ni pun salah satu makanan kegemaran iolls, Udang masak aneka rasa.... ahahahah ni menu aku masak sendiri. InsyaAllah sedap.... da lama tau aku praktis betahun.... masak berulang kali smpi prefect dia punya rasa, smpi dapat anugerah pujian. Aku bukan la jenis orang yang pandai masak, bagi aku makanan tu selagi boleh dimakan dan tak memudaratkan diri kita patut bersyukur dengan apa yg ada.... tapi lain orang lain citarasanya. Alhamdulilah dapat pujian pun da cukup dan hilang rasa penat masak betahun-tahun. Kata org la... "practice makes perfect... but nobody's perfect so why practice" kesimpulannya : buat saja yang terbaik utk diri sendiri dan org-org yang kita sayang....

 Terpengaruh sangat dengan drama korea dan running man, aku pun mau juga rasa masakkan korea ni sedap ke? nak cari restoran halal korea d KK ni susah, mungkin ada yg halal pun aku was was so, aku masak sendiri menu ni namanya #tteokbokki #ddeokbokki nama pun da bebelit lidah nak sebut. 22/02/2016 aku buat di umah, ikut la resipi dalam internet tu senang cerita cuma aku tambah fishcake, fishball & telur rebus ahahah pandai2 tambah2. So jadi la #tteokbokki #ddeokbokki. Rasa dia sedap tapi iolls memang tekak melayu + tekak india.... Kalau da namanya tekak melayu nak diubah menjadi tekak korea... makan tahun ler jawabnya. InsyaAllah akan sampai aku ke Korea, korea ko tunggu aku datang k.


Habis da cerita makanan. Gambar ni : tidak dirancang kami adik beradik dapat berkumpul (2015). Mana yang muka garang sikit tu.... itu la yang sulung, mana muka yang manja sikit tu.... itu la yang bungsu, yang no.2 & 3 cool jer.  Ni anak sungai (Bangsa Sungai).... ni 4orang anak sungai yang sudah mix (Sungai + India + Brunei) jangan pandang sebelah mata ok.
Best rasanya klu ahli keluarga kita banyak2 bangsa. Buat kawan-kawan dari semenanjung yang baca blog ni, orang Sabah kan banyak suku kaum, so salah satu adalah suku kaum sungai, so i berbangsa sungai. Aku bangga apa jadi salah seorang yang berbangsa sungai ni…. tapi kan kadang-kadang statement2 org yg sama bangsa dengan aku ni…. statement diaorg berani mati punya statement entah la mengapa, kadang aku malu juga, kadang tu dalam hati aku mengapa la diaorg ni satu bangsa sama aku…. Contoh ah statement diaorg : “orang sungai ni semua cantik-cantik putih2” jadi kalau yang tak berapa cantik n yang tak cerah tu macamana? Macamana pulak yg bangsa lain ada juga yang cantik2 kan…. statement diaorg ni tak boleh bla langsung. Dulu masa aku sekolah la…. ada jg kawan-kawan yang tanya : “Dyg, bukan bangsa kamu ka yang suka buat-buat orang tu?” terkejut juga bila ditanya soalan-soalan mcm tu… tapi Syukur pada Allah sejak aku lahir, tak pernah sekali pun aku tengok keluarga2 kami mengamalkan benda yang bukan2 dan yang mengarut2. Tak tau la sekarang ada lagi ke benda-benda macam tu? Tapi kalau ada pun benda2 mcm tu, tak baik tau buat kat org, bayangkan keluarga ko pulak yg kena mcm tu AMACAM? Memang tak adalah zaman kan da berubah…. insyaAllah semua ok. Lain cerita, aku bangga tau punya ibu mertua yang satu bangsa dengan aku…  mula-mula masa sebelum kawen dulu, ada la org ckp : “belajar la ko ckp sungai, nanti diumpat ko keluarga mertua mu” my ibu mertua bukan mcm tu tau, my ibu mertua sangat syg tau sama i… (er perasan). Sejak berkawen, ibu mertua juga la yang banyak mengajar aku itu dan ini, tak pernah sekalipun dia mengeluh dapat menantu mcm aku ni. Semoga hubungan baik kami ni akan baik selamanya. Tengok la tu.... dari cerita pasal adik beradik aku dalam gambar tu, smpi ke ibu mertua aku mengarut ahahah. Berbalik kepada gambar di atas…. mereka ini jg la merupakan aku punya kesayangan x kira apa sekalipun yang jadi, walaupun kami sudah berkawen tetap masi macam dulu bezanya kami duduk jauh…. satu kawen dengan org Kelantan tp duduk di KL, satu kawen dengan org Sarawak tp duduk KL, aku dan suami menetap d KK...... buat adik bungsu ku yang belum kawen tu, cari la org Sandakan…. Ahahahha jgn ko marah dik, siapa pun pilihan mu kami ok jak, tp klu boleh jangan la org sungai, ahahah bukan apa kasi mummy menantu yang berbilang kaum ba, satu sudah org kelantan, satu org arab, satu org sarawak, so satu lagi ko pandai-pandai la dik…. Ok jauh sudah cerita, smpi cerita bakal menantu my mum pulak. Ok la, kesimpulannya jgnla kamu memalukan kaum keluarga, bangsa dan agama sendiri, ingat sikit hukum Allah yang menanti kita di sana… sekian…. K..bai

(Jadi la seperti bukit, walau macamana anjing menyalak, namun bukit tetap berdiri gah di situ)

Nuffnang

Jom Share BLOG dsini