Nuffnang

Facebook

Jom Shopping di A.V.O.C.

Assalamualaikum,

Hari ini aku nak ajak korang singgah kat A.V.O.C..... mesti korang tertanya-tanya kat mana A.V.O.C ni kan..... A.V.O.C ni kedai apa??? A.V.O.C ni singkatan kepada Alamesra Vendor Open Concept. Rasanya dari nama kedai tu korang da boleh agak apa yang ada di dalam kedai ni kan. Kedai ni terletak di Alamesra Kota Kinabalu. Kedai ni mula beroperasi 1 Mac 2015, dari jam 9 pagi - 8 malam (Isnin - Jumaat) dan 9 pagi - 9 malam (Sabtu)..... ahad tutup. Kedai ni cantik sangat-sangat, bila korang masuk buat kali pertama korang akan terpegun dengan kecantikan hiasan A.V.O.C jom aku bawa korang menjelajah ke A.V.O.C melalui gambar ok..

Berbagai-bagai tudung terdapat di A.V.O.C.... tudung bawal ada, shawl ada.

Korang sebut saja tudung jenis apa yang korang nak.... InsyaAllah ada di A.V.O.C.

Tudung-tudung di A.V.O.C. semuanya cantik-cantik

Skirt pun ada, berbagai-bagai jenis.

 Baju, Jubah, baju kurung, blous..... banyak lagi hanya di A.V.O.C

Baju untuk kanak-kanak pun ada......

Banyak pilihan kan, rambang mata la nak pilih.....

Kek pun ada..... kek ni bukan setakat sedap... tapi sangat laris, hampir setiap hari kek ni akan habis terjual. Kalau korang datang kat A.V.O.C. Jangan lupa beli kek tau, rugi kalau tak cuba.

Antara pelanggan yang datang di A.V.O.C.

Selain pelbagai jenis kek, makanan berkonsepkan sejuk beku juga ada dijual di A.V.O.C.

Beg juga ada jual di A.V.O.C. semua branded ada. Harga semua berpatutan.

Masa sesi temubual bersama pelanggan A.V.O.C., rata-rata memberikan komen-komen positif dan sudah beberapa kali datang ke A.V.O.C. untuk membeli barang keperluan di sini.

Rasanya apa yang ada jual di alam maya semua ada jual di A.V.O.C.

Pelanggan-pelanggan yang datang ke A.V.O.C. terdiri daripada semua bangsa : melayu, cina, kadazan dan lain-lain ada juga pelancong dari luar negara yang berkunjung di A.V.O.C. untuk menikmati juadah tempatan dan membeli buahtangan untuk keluarga mereka.

Juadah tempatan (homemade) yang terdapat di A.V.O.C.
Macam... Kuih Cincin

       
Bermacam-macam kuih ada di sini, nanti kalau nak dekat raya semua boleh datang A.V.O.C pajak kuih raya ok.


Jom kita bekenalan dengan pemilik A.V.O.C.... Seorang wanita, seorang isteri, seorang ibu yang sentiasa ceria, pada aku seorang yang friendly.... selamat berkenalan...... Puan Kameliah Hasmah Afzan Binti Kairin, di lahirkan pada 16 Februari 1989, yang lebih mesra dipanggil Leeya berasal dari Kundasang (Lembah Permai) dan menetap di Kota Kinabalu Sabah.

Sebelum memceburi bidang perniagaan ini, Leeya pernah bekerja dalam bidang finance dari 2007-2013. Pada tahun 2014, Leeya mula menceburi dalam bidang perniagaan, menjual Kek (kek yang dibuatnya sendiri) di bazar-bazar dan juga berkhidmat sebagai mak andam. Niat Leeya untuk berniaga hanya la untuk mengisi masa lapangnya, namun apabila melihat ada juga rakan-rakan lain yang sama sepertinya berniaga secara kecil-kecilan di bazar-bazar.... terdetik dihatinya untuk membuka kedai berkonsepkan Vendor ini untuk membantu peniaga-peniaga lain, sama-sama berjaya berniaga walaupun kecil-kecilan.

Pada tahun ini 2015, bulan Mac.... Leeya berjaya membuka A.V.O.C. Dengan adanya media sosial seperti FaceBook & Instagram kini A.V.O.C sudah dikenali ramai. Semoga peniagaan Leeya sentiasa berkembang dari masa ke semasa. Harapan Leeya, 5 tahun akan datang, A.V.O.C akan membuka banyak cawangan lain, semoga perniagaannya bersama vendor yang lain maju dan akan menambahbaik konsep Vendor yang sedia ada kepada konsep Vendor & Cafe bagi menambahkan keselesaan untuk pelanggan-pelanggan yang datang berkunjung. InsyaAllah semuanya akan berjalan seperti yang diharapkan.... Amin. 

Di bawah merupakan antara Vendor-vendor yang terdapat di A.V.O.C

1) Ernu
2) Hijab Pilihan
3) Kandy Heejab
4) Bokita HijabKK
5) Almari Alya
6) Myriss Collection
7) Instyle Hijab
8) Aidijuma
9) Tudung Bawal
10) Qasehboard
11) Sf Wardrobe
12) Caprius Karmat
13) Aksesori The One
14) Babywan
15) Cik Min Collection
16) Ur_bana
17) SMAM Collection
18) Baby & Mama Land
19) Sutra Wellness
20) Okies
21) Top Perfume
22) Cars Boutique
23) Ellwardrobe
24) Mineral Coffee
25) Cashmere
26) My Gadget Box
27) Home SPA
28) SB Beautycare
29) Vs Fragrance
30) D'Herbs
31) Rempeyek
32) Bibeelicious
33) Kak Vic
34) Heart Delight
35) By Kamalia
36) Al-Migdad
37) By Papau
38) Hi Ree's
39) Classic English Cookies
40) Hanania Cookies
41) Adik Manis Kitchen
42) Mani's Pedas
43) Frozen Food
44) Ellie'S Kitchen
45) Kandyhearts
46) Izazi77
47) Shaklee
48) Escharpe
49) Nfn Serum
50) Theresa
51) Memobottle

(Maaf jika ada yang tidak dapat saya senaraikan disini..... terlalu banyak... jom singgah ke AVOC)

 
























Di A.V.O.C pelanggan juga merasa selesa dapat bersantai2 memilih barangan yang ingin dibeli....

Pelanggan tengah pilih Kek.....

Setelah saya teliti barang-barang yang dijual di A.V.O.C jauh lebih murah berbanding di tempat lain. Lebih baik beli di A.V.O.C daripada beli online..... korang boleh jimat bayar wang pengeposan RM10 kan.

Mungkin terdapat juga kedai-kedai lain berkonsepkan vendor seperti A.V.O.C tapi di A.V.O.C korang boleh dapatkan barang-barang yang terkini/harga berpatutan dan layanan mesra kakitangan A.V.O.C yang sgt best.

Sekiranya korang berkunjung ke A.V.O.C jangan lupa ambik gambar di Photo Booth 
Kepada sesiapa yang ingin menjadi Vendor di A.V.O.C boleh hubungi 
Puan Leeya : 0109544118
Terima Kasih Sudi Baca My Blog.

Nuffnang

Jom Share BLOG dsini