Nuffnang

Facebook

Tudungku... tudungmu juga

Assalamualaikum

Dah lama entry ni terkubur dalam list untuk dipublish.... akhirnya publish juga untuk korang. Hari ni aku nak cerita berkaitan tudung.... tapi sebelum aku bercerita lebih lanjut lagi, aku berharap korang tak ambik hati dengan apa yang aku tulis, sebab bab tudung ni sensitif sikit, tapi aku akan cuba yang terbaik. Rasanya ramai dikalangan pembaca blog ni yang bertudung dan ada juga yang tidak bertudung... kan.... so kita open saja la untuk hilangkan bosan korang ok.

Ya Allah, banyaknya jenis tudung sekarang ni.....korang nak stail macamana??? semua ada.... harga pun murah, serendah RM4 pun ada.... rasanya tiada alasan sudah untuk kita tidak bertudung... kan???? bila orang kata belum terbuka hati untuk pakai tudung tu, aku boleh jer terima. InsyaAllah, satu hari Allah buka pintu hati korang untuk bertudung (aku doakan, semoga dalam masa terdekat ni korang dapat hidayah) tapi jangan la sekejap pakai tudung, sekejap buka tudung... macam main2 pulak kan....Nanti ada yang berpandangan negatif terhadap tudung, umpama tudungku... tudungmu juga, so sebelum apa2 pastikan niat kita di mana, nak pakai tudung tu kenapa, nak pakai semata2 nak berfesyen atau kerana Allah.

Tudung aku tak banyak, ini saja la... siaran ulangan da banyak kali.

Tudung sekarang ni murah sangat & mampu milik la, tapi kawal la membelian tudung korang, jangan pulak membazir, sampaikan ada yang x sempat pakai..... ada yang baru pakai sekali.... ingat sikit sekarang ni zaman GST, walaupun tudung tidak dikenakan GST atau ditanggung oleh pengusaha tudung, tapi ada benda lain yang lebih perlu.

Salah satu cara pakai tudung bawal yang aku suka.

Tidak kira la korang nak pakai tudung jenis apa, janji korang selesa. Bila pakai tudung tu, usahakan la semoga Aurat kita ditutup.... bukan dibungkus.... longgarkan la sedikit.... nanti leher korang terjerat la pulak (kadang2 aku pun tersasar juga) so kita usaha la semoga amalan kita diterima. Jangan ada yang labuh tapi nipis, sampai menampakkan apa yang tidak sepatutnya. Kita sama2 berubah ok.

Ini jenis tudung kegemaran aku, tudung bawal... 

Apa2 jenis bawal pun aku pakai, yang penting harga berpatutan, klu korang kenal aku, memang korang tak pernah nampak la aku pakai tudung lain selain tudung bawal ni. Bagi aku tudung bawal ni senang nak pakai, selagi selesa.... besar pun besar. Walau macamana pun korang nak gayakan tudung korang tu pastikan la, labuh sikit tutup dada.... insyaAllah kita terpelihara.


Terpulang mcmana korang nak susun tudung korang supaya senang dilihat.


Tudung bawal plain, ni RM5 sehelai.... murah kan...

Aku nak bagi tips sikit utk penjagaan tudung bawal.... Klu korang nak tudung ni tahan lama, jangan cuci tudung ni dengan sabun yang berbentuk cecair atau pewangi fabrik. Nanti tudung tu akan menjadi lembut dan susah nak bentuk, bial tudung tu da lembut fabrik tu akan cepat menjadi buruk. Nescaya tudung korang akan tahan lama betahun2, tudung tu akan sentiasa kelihatan baru, walaupun siaran ulangan 1000x.



Seawal umur 11tahun aku da mula pakai tudung sampai la sekarang, aku tak pernah rasa tudung ni satu bebanan atau bila pakai tudung tu panas la apa la. Mudah sebenarnya kita nak menjaga adab2 bertudung ni, InsyaAllah.... Allah akan jaga kita dari segala musibah. Jgn permainankan peranan tudung, bertudungla dengan niat yang betul, bukannya berniat untuk menunjuk2, permata ditudung ko la yang paling mahal, jenama tudung ko la yang paling mahal, stail lilitan tudung ko la yang paling trend, tudung ko la yang in trend.... macam2 la. Fahamkan konsep mengapa kita bertudung. semoga kita semua berada di landasan yang betul di jalanNya... Amin.


P/S : kepada semua pengusaha tudung : 
1) Korang jual tudung tu pastikan material kain tu tak nipis & melekat;
2) Jual la semurah yang mungkin, untung sikit pun x apa yang penting pahala lebih;
3) Jangan la setiap minggu release corak tudung baru, elakkan berlakunya pembaziran;
4) Terima kasih, menyediakan tudung yang cantik2 dipasaran, semoga pahala korang melimpah ruah.


Maafkan aku sekiranya ada yang tersinggung, ambik positif ya semua, aku nak kita sama2 di sana nanti. AMIN.


Tak habis lagi ok, ada kisah aku nak share dengan korang. Selama bertudung ni ada juga cabarannya, aku tak tau la macamana bentuk cabaran yang korang terima. Ini antara cabaran yang aku terima, dalam masa bersukan, aku still dengan gaya tudung yang aku selalu pakai.... tak kira la sukan apapun, satu hari aku didatangi seseorang yang kurang selesa dengan penampilan tudung yang aku pakai, dan dia menasihati aku untuk memakai tudung yang mudah dan ringkas (anak tudung) semasa bersukan. Pada masa itu aku sentap sikit dan berkata "Sekiranya tudung yang saya pakai ni boleh mendatangkan masalah kepada pasukan ini, saya akan menarik diri daripada menyertai pasukan ini" pada masa tu aku tidak memikir panjang dan darah muda sudah datang, aku mengambil keputusan untuk tidak bermain untuk pasukan tersebut. Dia bertegas untuk mengambil tindakan disiplin sebab aku tidak mengikuti arahan. Sampai sekarang Allah pelihara aku, sampai ke hari ini sehingga selamanya (InsyaAllah) tiada tindakan apa-apa yang diambil. Mungkin c dia sedang membaca blog ini, aku mohon maaf terpaksa menceritakan kisah ini disini untuk memberikan pengajaran dan gambaran, tiada niat yang lain. Bagi aku, jgn kita paksa seseorang untuk menjadi orang lain atau berubah mengikut kemahuan kita. Sampai ke hari ini Allah pelihara aku dengan baik. Itu sajala kisah yang aku nak kongsi. bye.

Nuffnang

Jom Share BLOG dsini